Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah mengurangkan pemantauan terhadap individu yang merokok di kawasan larangan yang telah ditetapkan oleh KKM seperti premis makanan atau restoran.

Tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, majikan atau pengusaha restoran perlu memastikan pelanggan mematuhi arahan untuk tidak merokok di restoran.

"Tapi apa yang KKM perlukan adalah kerjasama daripada rakyat Malaysia dan juga majikan. Tuan kedai pastikan pelanggan tidak merokok di restoran dan sebagainya," katanya semasa sidang media harian COVID-19 di Putrajaya.

Tambahnya, ini juga merupakan satu pemerkasaan komuniti untuk melaksanakan tindakan yang disarankan oleh kementerian.

Dr Noor Hisham menjelaskan demikian apabila diminta mengulas mengenai pemantauan KKM terhadap individu yang merokok di premis-premis makanan.

BACA : Kompaun, denda jika merokok di premis makanan bermula 1 Jan 2020

BACA : 82 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Kelantan