Larian Bursa Bull Charge yang dianjurkan buat kali keempat tahun ini berkonsepkan neutral karbon.

Ia sesuai dengan misi penganjur, Bursa Malaysia, untuk menjadi peneraju kelestarian di kalangan dunia korporat.

Tahun ini 1,818 pelari berdaftar dengan RM2.2 juta dana terkumpul untuk diberikan kepada 30 penerima.

"Kami cuba untuk mengurangkan penggunaan karbon. Kami galak mereka menggunakan pengangkutan awam.

"Dari segi sisa makanan, kami hantar ke tempat pengumpulan sisa makanan. Jadi ini larian yang neutral karbon," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan.



Walaupun jumlah penyertaan berkurangan tahun ini, jumlah dana yang dikutip tetap meningkat kepada RM2.2 juta berbanding RM2.1 juta tahun lalu.

Tumpuan larian sudah pasti kategori 1.5 kilometer CEO Run yang disertai pemimpin-pemimpin syarikat korporat di Malaysia.

Tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Microlink, Chia Yong Wei muncul juara mengatasi juara tahun lalu, Mohd Iran Moriff Mohd Shariff dari BIMB Holdings Berhad yang mendapat tempat kedua.

Pastikan anda menonton Fit AWANI Sabtu 11:30 pagi untuk menyaksikan laporan penuh larian Bursa Bull Charge 2017.