Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mencatat nukilan yang mengimbas kenangannya bersama Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, seorang sahabat yang disifatkan amat dekat di hati beliau.
Kata Najib, sebagai perdana menteri, beliau telah kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan tegas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua menteri.
"Laungan 'ooh ha' beliau, yang bermaksud saya sayang Sarawak, masih terngiang-ngiang di telinga.
"Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada parti dan beliau telah meninggalkan ruang besar untuk diisi," katanya dalam catatan terkini dalam blog rasminya, pada Khamis.
Adenan, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, Kuching, pada 1.24 tengah hari pada Rabu.
Perdana Menteri berkata Adenan, yang lebih mesra disapa Tok Nan, merupakan seorang pemimpin yang tegas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua menteri serta sentiasa mengetengahkan isu-isu Sarawak yang perlu dibincang dan diselesaikan bersama.
"Saya berbangga bahawa hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak mencapai tahap tinggi di bawah kepimpinan Tok Nan.
"Tok Nan bagi saya merupakan tokoh 1Malaysia, seorang pemimpin yang menjiwai semangat 1Malaysia," katanya.
Menyifatkan Adenan sebagai seorang pemimpin yang mampu menyatukan rakyat berbilang kaum di bawah satu bumbung dan tidak pernah mengetepikan kepentingan mana-mana kaum, Najib yakin komuniti di Sarawak baik Dayak, Cina, Melayu atau Kelabit memandang tinggi, hormat dan sayang 'Apai Besar' mereka.
Mengimbas kenangannya pada 2015, Najib berkata, kebolehan Adenan berbahasa Cina memberi kelebihan kepada beliau untuk mendekati masyarakat itu dan menyampaikan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat Sarawak dari segipendidikan dan kos sara hidup.
Pengalaman berkempen ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 juga menurut Najib masih segar dalam ingatannya di mana 'Faktor Adenan' telah memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN).
"Beliau adalah tsunami politik...gelombang biru or apa yang sesetengah pihakberkata sebagai faktor Adenan," katanya.
Najib berkata Adenan juga seorang yang tidak mudah mengalah ketika berhadapan cabaran, termasuk saat parti dikejutkan dengan berita nahas helikopter yang mengorbankan rakan-rakan mereka termasuk Timbalan
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.
"Ketika itu banyak perbincangan antara saya dan beliau (Adenan) berkenaan cara-cara untuk menaikkan semangat jentera parti setelah nahas kemalangan helikopter yang mengorbankan rakan-rakan kami, serta strategi-strategi pilihan raya yang boleh dilaksanakan dalam memastikan kemenangan besar untuk BN,"
katanya.
Katanya Adenan telah meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri dan banyak transformasi yang telah dilaksanakan Allahyarham sepanjang menjadi ketua menteri yang membuatkan rakyat lebih sayang dan yakin pada kepimpinan kerajaan BN.
"Sebagai Najib Razak, saya telah kehilangan seorang rakan akrab yang amat rapat dengan saya dan isteri. Saya telah melihat perjalanan karier beliau waktu senang dan susah dan saya tetap kenang beliau sebagai sahabat yang setia, sahabat yang amat dekat di hati saya," katanya.
Sebagai Apai Besar Sarawak, jasa Adenan sangat besar dan akan termaktub dalam sejarah serta dikenang semua, terutama rakyat Sarawak, katanya.
"Sesungguhnya kita semua telah hilang pemimpin yang berwibawa yang memilih untuk berkhidmat untuk parti dan rakyat hingga nafas terakhir beliau.
"Legasi dan visi Tok Nan dalam memastikan Sarawak terus makmur, membangun dan maju seiring dengan pembangunan negara akan terus diusahakan," katanya.-- Bernama
Bernama
Thu Jan 12 2017
Sebagai Apai Besar Sarawak, jasa Adenan sangat besar dan akan termaktub dalam sejarah serta dikenang semua, terutama rakyat Sarawak, katanya PM Najib
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.