Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediamannya di Bukit Segambut pada pukul 1.35 petang.

Beliau disambut ratusan penyokong Pakatan Harapan yang menanti sejak awal pagi lagi.

Sebaik sahaja kenderaan Jabatan Penjara Malaysia dan kenderaan Anwar dan isteri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Beliau dijangka membuat sidang media pada bila-bila masa.

Selain itu, Astro AWANI akan mengadakan temubual eksklusif bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim petang nanti.