Lebih 20 buah rumah musnah dalam satu kebakaran di kawasan setinggan Kampung Singki, Bandar Tanah Merah awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 1.13 pagi dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

Kebakaran melibatkan kawasan seluas 1 ekar itu dipadam menggunakan air dari tangki simpanan.

Api agak sukar dipadam kerana kedudukan rumah agak rapat serta tekanan air yang rendah di kawasan tersebut.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 4.45 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.