Lebih tiga ribu mangsa banjir masih berada di pusat-pusat pemindahan sementara di Kelantan, Johor, Pahang dan Sabah pagi ini.
Keadaan banjir di Johor dan Pahang semakin pulih hari ini, manakala di Kelantan dan Sabah bertahan dengan paras air di kebanyakan sungai utama berada pada paras normal.
Kelantan mencatat jumlah mangsa paling ramai dengan 2,029 orang membabitkan 715 keluarga; Johor 810 orang daripada 196 keluarga; Pahang 318 orang daripada 89 keluarga; dan Sabah 489 orang daripada 168 keluarga.
Di KELANTAN, keadaan cuaca pagi ini mendung dan bilangan mangsa banjir yang dipindahkan meningkat sedikit berbanding 1,941 orang daripada 675 keluarga malam tadi.
Aplikasi InfoBencanaJKM menunjukkan seramai 1,847 mangsa daripada 665 keluarga berada di 12 pusat pemindahan di Pasir Mas manakala 182 mangsa membabitkan 50 keluarga di dua pusat pemindahan di Jeli.
Laman web ebanjir.kelantan.gov.my menunjukkan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas masih melepasi paras bahaya pada bacaan 10.18 meter (bahaya 9 meter) manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat melepasi paras amaran iaitu 2.48 meter (amaran 2.15 meter).
Di JOHOR, kesemua mangsa banjir di negeri ini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara di tiga daerah iaitu Kluang, Batu Pahat dan Segamat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon menerusi kenyataan berkata Segamat merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 577 orang di 11 pusat pemindahan sementara.
Mereka merupakan penduduk dari Jalan Kolam Air, Kampung Balai Badang, Kampung Batu Badak, Pogoh, Kampung Spang Loi, Kampung Tandong, Kampung Padang Kiambang, Kuala Paya, Kampung Sanglang serta Kampung Bukit Tunggal.
Beliau berkata satu pusat pemindahan sementara masih dibuka di Kluang menempatkan 180 mangsa, iaitu penduduk Kampung Sungai Linau dekat Simpang Renggam manakala dua pusat pemindahan di Batu Pahat menempatkan 53 orang penduduk dari Parit Sulong dan Kampung Peserai Lama, dekat Semerah.
Di PAHANG, keadaan banjir di negeri itu hampir pulih dengan hanya daerah Termerloh masih terjejas dan seramai 318 orang daripada 89 keluarga berada di dua pusat pemindahan sementara.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan setakat 8 pagi, pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor yang menempatkan 283 orang daripada 79 keluarga dan SK Bukit Cermin (35 orang dari 10 keluarga).
Di SABAH, kawasan-kawasan yang terlibat banjir ialah Beaufort, Membakut dan Tenom, dan sehingga 8 pagi ini seramai 402 orang dari 142 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Beaufort dan Membakut manakala 87 orang dari 26 keluarga ditempatkan di tiga pusat di Tenom.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa di Beaufort dan Membakut ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Selagon manakala tiga pusat di Tenom ialah Rumah Kebudayaan Mandalom Lama, Dewan Sri Antanom dan Rumah Kebudayaan Batu-Batu.
PPS di Dewan Selagon, Beaufort dibuka pada 6.15 petang, Khamis selepas lebih 10 kampung di Beaufort dan 20 kampung di Membakut terjejas berikutan hujan berterusan di kawasan berkenaan.
Beberapa jalan menghubungkan kampung terlibat turut terjejas dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 21 2019
Penduduk kampung meredah air bah yang melimpah di Kampung Lalang Pepuyu Jalan Panglima Bayu ke Rantau Panjang pada tinjauan di Tanah Merah, Kelantan, Khamis lalu. --fotoBERNAMA/Fail
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek