Kesedaran orang ramai mengenai pengosongan tangki septik individu di premis masing-masing masih lagi rendah.
Pada masa ini, tidak sampai 10 peratus daripada 1.3 juta tangki septik individu di negara ini yang mendapatkan perkhidmatan Indah Water Konsortium (IWK) untuk mengosongkan tangki mereka.
Justeru, dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perkara ini, IWK mengambil inisiatif melancarkan Kempen Sedut dan Menang yang akan berlangsung sehingga September.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman, pihaknya menyasarkan peningkatan kepada 15 peratus pengosongan tangki septik individu pada 2020.
"Selalunya, tiada kesedaran mengenai perkara ini. Apabila sampai satu tahap kecemasan, seperti melimpah dan sebagainya, baru panggil IWK untuk lakukan pengosongan tangki septik.
"Itu adalah tanggungjawab pemilik. Kos untuk mengosongkan tangki septik sekali dalam dua tahun cuma antara RM144 dan RM230 sahaja.
"Kesedaran mengenai perkara ini sangat perlu dititik beratkan kepada masyarakat, malah kepada pelajar sekolah, supaya mereka sedar sekiranya terdapat masalah di rumah mereka," katanya.
Faizal berkata demikian pada satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Sedut dan Menang serta Aplikasi Indah Water oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar di Pinggiran Sungai Langat, Pusat Perdagangan Banting, di sini, hari ini.
Xavier dalam ucapannya berkata, antara alasan yang sering diberikan oleh masyarakat yang tidak endah akan pengosongan tangki septik ini adalah masalah kewangan, informasi tidak sampai, tunggu insentif dan sebagainya.
Sementara itu, hadiah lumayan menanti para pemenang kempen tersebut termasuk pakej pelancongan ke luar negara (umrah atau Korea Selatan), motosikal Honda Wave 125i, televisyen 43 inci UHD, telefon pintar Huawei Mate 20 serta Gold Bar 5 gram.
Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan IWK, aplikasi mudah alih Indah Water juga turut dilancarkan hari ini.
Faizal berkata, di samping menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik, aplikasi itu juga membolehkan pengguna memeriksa bil pembentungan, membuat pembayaran serta aduan.
IWK merupakan sebuah syarikat perkhidmatan pembentungan nasional milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pembentung untuk 24 juta pengguna.
Tumpuan utama syarikat ini adalah untuk mengendalikan operasi dan penyelenggaraan lebih 6,000 buah loji olahan awam.
Tangki septik individu merupakan tangki yang terletak di bawah tanah, sama ada di bahagian hadapan, belakang atau tepi rumah, yang perlu dikosongkan dua tahun sekali bagi mengelakkan enapcemar yang terkumpul di dalamnya menjadi keras, sekali gus mengelakkan pencemaran alam.
Afiezy Azaman
Sat May 11 2019
Tangki septik individu perlu dikosongkan dua tahun sekali bagi mengelakkan enapcemar yang terkumpul di dalamnya menjadi keras. - Gambar hiasan
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih ramai perlu sedar keperluan mengosongkan tangki septik - IWK
Justeru, dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perkara ini, IWK mengambil inisiatif melancarkan Kempen Sedut dan Menang yang akan berlangsung sehingga September.