Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) ditutup sementara mulai 5 petang Sabtu pada 18 Ogos hingga 4 pagi 19 Ogos ini, sempena acara berbasikal RHB Shimano Ride @ LEKAS 2018.

Sepanjang tempoh tersebut, 19 persimpangan akan ditutup bermula dari persimpangan Kajang Selatan hingga persimpangan Paroi, kata Ketua Pegawai Operasinya, Wan Salwani Wan Yusoff.

"Pengguna dari arah utara (Kuala Lumpur, Cheras dan Kajang) dan arah selatan (Seremban, Senawang dan Kuala Pilah) dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persekutuan 1 atau Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

-- BERNAMA