Seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ditahan polis kerana mengamuk dan mengugut isterinya di sebuah rumah di Taman Kluang Indah, dekat sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata pihaknya menerima laporan pada jam 7.45 pagi menyatakan suspek mengamuk di garaj depan rumah sambil memegang parang dan sebutir bom dipercayai jenis mortar.
Katanya, bertindak atas laporan itu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang dikejarkan ke lokasi dan cuba memujuk suspek menyerah diri.
"Suspek dipercayai sudah tidak lagi tinggal serumah dengan isterinya itu. Ketika kejadian, lelaki berkenaan dikatakan ingin bertemu dengan anaknya tetapi tidak dibenarkan, mengakibatkan dia menjadi berang.
"Suspek kemudiannya mengugut untuk meletupkan bom terbabit, lalu menyebabkan isterinya menghubungi polis," katanya kepada pemberita di IPD Kluang, di sini hari ini.
Menurut Mohd Abduh lagi, usaha untuk memujuk suspek berlanjutan sehingga tiga jam tetapi lelaki itu masih berdegil dan enggan menyerah diri.
Dalam proses itu, khidmat polis Tentera Mekanikal Rifle Persenjataan (AMRA) turut dipanggil untuk membantu menggunakan 'taser gun'.
Katanya, suspek kemudiannya berjaya ditahan setelah beberapa anggota polis berjaya menyerbu masuk ke kawasan garaj itu pada pukul 10.45 pagi.
"Turut dirampas ialah sebutir bom berkarat, dua bilah parang berukuran 36 cm, sebilah pisau 25 cm dan sebilah pisau sembilan sentimeter," tambah Mohd Abduh.
Siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan kes jenayah dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971, Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat," katanya.
Beliau berkata Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor turut dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan.
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 27 2018
Barang yang dirampas susulan penahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas kakitangan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) kerana mengamuk dan mengugut isterinya di Taman Kluang Indah. -Bernama
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri
Seramai 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.
AADK lancar rumah perantaraan tingkatkan usaha pemulihan dadah
AADK dengan kerjasama MAIWP menyediakan kemudahan Rumah Perantaraan AADK kepada penagih dadah bagi membantu golongan itu pulih daripada penagihan.
Jeti haram di perairan Perlis bertambah, sukarkan pemantauan pasukan keselamatan
Kewujudan jeti haram di sekitar perairan Perlis menyukarkan pasukan keselamatan memantau aktiviti berkaitan penyeludupan bahan terlarang di perairan negeri itu.
Separuh daripada 155 KBT bertukar status KBR - KP AADK
Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengenal pasti separuh daripada 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagih dadah berjaya bertukar status kepada Kawasan Berisiko Rendah (KBR).
JAIPk, AADK gempur premis disyaki pusat pelacuran, 43 ditahan
Dalam operasi membanteras pelacuran di Jalan CM Yusuf, Ipoh, pada Jumaat malam, 43 ditahan terdiri daripada lelaki dan wanita.
Keluarga main peranan penting bantu pulih ketagihan dadah - Shamsul Anuar
Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk bersama membantu memulihkan mereka yang terjerumus dalam gejala ketagihan dadah.
Kempen antidadah kalangan remaja perlu dianjur lebih kerap
Kempen antidadah dalam kalangan remaja boleh mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti sihat.