Seorang lelaki didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung kegiatan cubaan merekrut ahli kumpulan pengganas IS.

Nor Hafizy Che Meh, 39, didakwa menggalakkan keahlian kumpulan militan terbabit serta membenarkan perjumpaan ahli di rumahnya di Kampung Melayu Subang.

Aktiviti itu dipercayai dilakukan antara Disember 2013 hingga Oktober 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130 G (b) Kanun Keseksaan dan juga boleh dihukum mengikut Seksyen 130 H akta yang sama.

Tertuduh berdepan kemungkinan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.