Tutup

Lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Merugin, Ranau

Lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Merugin, Ranau
Pihak JBPM menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 2.40 petang dan empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Merugin, Ranau dekat sini, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 2.40 petang dan empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat.
"Menurut laporan mangsa berusia 23 tahun itu dipercayai hilang pada jam 12:30 tengah hari, ketika sedang mandi di sungai berkenaan yang terletak kira-kira 39 kilometer dari balai bomba Ranau," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata sehingga kini mangsa belum ditemui dan operasi itu akan terus dilaksanakan sehingga mangsa ditemui.
-- BERNAMA


Tag: dikhuatiri lemas, mandi, Sungai Merugin, Ranau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Sabah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.