Seorang lelaki yang dihanyutkan 'kepala air' atau arus deras Sungai Kenerong di Dabong, Kuala Krai semalam, ditemui mati lemas hari ini.
Mayat Zamri Abdullah, 44, ditemui di kawasan berdekatan lokasi kejadian dalam keadaan tersangkut pada celah batu di sungai tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata mangsa dijumpai kira-kira 11.35 pagi oleh sepasukan anggotanya yang menyambung semula operasi mencari pada 10.40 pagi.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Klinik Kesihatan Dabong sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini.
Dalam kejadian 2 petang semalam, mangsa dikatakan ke sungai berkenaan bersama isteri dan adiknya untuk mencari batu sungai bagi dijadikan batu nisan di pusara ibunya yang meninggal dunia tiga hari sebelum itu.
Mangsa, bagaimanapun tiba-tiba dihanyutkan kepala air manakala isteri dan adiknya terselamat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2017
Mayat Zamri Abdullah, 44, ditemui di kawasan berdekatan lokasi kejadian dalam keadaan tersangkut pada celah batu di sungai tersebut. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Tiga lelaki disyaki terbabit kes pemerasan, larikan perunding hutang ditahan
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan melarikan seorang perunding hutang pada Selasa lepas.
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung.
Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat
Insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.
41 ahli keluarga cemas terperangkap insiden kepala air di Kapit
Akibat hujan lebat yang melanda, air sungai naik secara tiba-tiba mengakibatkan kepala air yang deras dan semua mangsa yang berada di situ terperangkap.
Tragedi kepala air: Jenazah Aszura selamat dikebumi
Jenazah Aszura disemadikan selepas disolatkan di Masjid Al-Muhtadin kira-kira jam 11.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Tragedi kepala air Kampung Poh: Mayat dua beradik mangsa terakhir ditemui
Mangsa Hanum Marissa Azam, 2 tahun, dan kakaknya, Hanna Mikayla, 7 tahun, dijumpai kira-kira pukul 9 dan 9.10 pagi.
'Bila lagi Uya nak makan mi kari kakak?'
Noraini berkata Isnin lalu, Aszura kali terakhir datang makan mi kari kuah kicap di kedainya bersama anaknya lelakinya Hafiy Muhayat Azam.
Tragedi kepala air di Bidor: Orang ramai dinasihat berhati-hati ketika berkelah
Ketua Polis Perak nasihat orang ramai berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).
Tragedi kepala air Kampung Poh: Mayat kanak-kanak 4 tahun ditemui, dua masih hilang
Mayat kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun itu dijumpai orang awam bersama pasukan penyelamat kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.
Tragedi kepala air Kampung Poh: Seorang lagi ditemui, tiga kanak-kanak masih hilang
Kakak kepada mangsa Aslinda Bani berusia 38 tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat.
Banjir gelombang keempat bagai 'tsunami kecil'
Kenaikan paras air secara mendadak itu menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda.