Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah di sebuah pelantar di Jalan Hujung Pasir, Pantai Remis awal pagi tadi.
Mangsa ditemui orang awam sekitar jam 3.10 pagi dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan serius di kepala.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan berkata, lelaki yang belum dapat dikenal pasti identiti itu dipercayai dibunuh tidak lama sebelum mayatnya ditemui.
"Siasatan di tempat kejadian turut menemui sebatang kayu beluti yang mempunyai kesan darah, tidak jauh dari mayat terbabit.
"Berdasarkan kesan kecederaan, kita percaya senjata itu digunakan untuk memukul mangsa di bahagian kepala," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program I love Kledang Hill Night Run 2019 di Menglembu di sini hari ini.
Beliau berkata, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.
"Setakat ini motif pembunuhan belum dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
I love Kledang Hill Night Run 2019 yang masuk tahun keempat itu disertai lebih 300 orang berusia antara 18 hingga 51 tahun ke atas.
Istimewanya tahun ini, larian anjuran Menglembu Runners Fan Club dan Kawasan Rukun Tetangga Menglembu Barat itu diadakan pada waktu malam.
Sinar Harian
Sun Sep 15 2019
Mangsa ditemui orang awam sekitar jam 3.10 pagi dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan serius di kepala.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Wanita Indonesia maut, ditemui berlumuran darah tepi tangga
Difahamkan, terdapat beberapa kesan kecederaan di badan mangsa berusia lingkungan 20-an itu.
Pejalan kaki ditemui maut, kepala berlumuran darah
Mangsa yang berusia 41 tahun itu ditemukan dalam keadaan kepala berlumuran darah pada jam 1.20 pagi.
Tiada tusukan pada mayat lelaki mati digilis - Polis
Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang mayatnya dijumpai di atas jalan JRTB Gerik-Jeli hari ini, tiada unsur jenayah.
Suami tikam isteri akibat cemburu
Perselisihan faham akibat cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki menikam isterinya sehingga mati.
Berang ditegur, lelaki tetak rakan serumah
Suspek disyaki tidak mahu menerima teguran daripada mangsa untuk memperlahankan nada suara semasa berbual di telefon.
Remaja perempuan jaga ibu sakit disamun, dibunuh kejam
Seorang gadis maut selepas disamun dan ditetak penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu.
Mayat berlumuran darah ditemui di bilik belakang sebuah rumah
Mayat seorang lelaki dengan kesan cedera di leher serta berlumuran darah ditemui tertiarap di bilik belakang sebuah rumah.
Sanggup bunuh rakan demi beriani
Pertelingkahan itu berakhir dengan insiden pembunuhan apabila mangsa ditikam berkali-kali oleh rakan-rakannya yang dipercayai mabuk.
Lelaki ditemui mati berlumuran darah atas pelantar
Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah di sebuah pelantar di Jalan Hujung Pasir, Pantai Remis awal pagi tadi.
Suri rumah parah terkena serpihan jubin dipanah petir
Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, mangsa, Maznah Awang Pa, 47, sedang memasak di bahagian dapur rumahnya untuk bersahur keesokan hari (hari ini).