Seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor dengan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa wanita menerusi panggilan telefon diberkas dalam satu serbuan di sebuah hotel di Klang kira kira pukul 8.45 pada Selasa malam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, tangkapan berkenaan dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan polis daripada tiga mangsa yang berbeza.

Suspek yang melakukan kegiatan tidak bermoral itu merupakan lelaki Melayu yan berusia 39 tahun dan berasal dari Terengganu.

"Suspek mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

"Turut dirampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan suspek untuk membuat panggilan terhadap mangsa." katanya dalam satu kenyataan media.

Fadzil berkata, siasatan awal polis mendapati suspek menyasarkan wanita Melayu yang menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai memenuhi syarat permohonan perkahwinan.

Suspek, jelas Fadzil, akan membuat panggilan telefon dan memaklumkan mangsa mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kanser payu dara, masalah darah dan sebagainya.

"Suspek kemudian akan mengarahkan mangsa untuk membuat perbuatan tidak bermoral termasuk baring, mencangkung sambil mengosok kemaluan dan menepuk buah dada serta membuat bunyi teransang sambil bercakap perkataan lucah," kata Fadzil lagi.

Dalam masa sama, sebanyak 21 laporan polis telah dibuat di seluruh negara oleh mereka yang menjadi mangsa suspek berkenaan.

Suspek kini direman selama dua hari sehingga 11 Julai depan untuk disiasat dibawah Seksyen 509/170 Kanun Keseksaan.