Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tiga pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur 6 tahun lalu.

Tertuduh yang kini berusia 23 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, ketika kejadian tertuduh yang berusia 17 tahun, telah merogol mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun sebanyak tiga kali pada bulan Julai, September dan November 2012.


Ketiga-tiga perbuatan itu dilakukan di dua tempat yang berlainan iaitu di sebuah rumah di Kampung Kuala Sat dan di Taman Jaza, Machang.

Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah sesyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.


Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Negeri, Hajarul Falena Rosli. manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.