Seorang lelaki maut dipercayai ditetak dengan parang panjang oleh seorang lelaki yang dikatakan mengalami masalah mental di Jalan Malim 6, Taman Malim di sini kira-kira jam 9 pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintendan Koo Tai Chew, mangsa dikenali sebagai G D Subramaniam, 34, yang bekerja sebagai wireman.
Sehubungan itu, polis menahan suspek, seorang penganggur berusia 57 tahun yang dikatakan mengalami masalah mental sejak keluar dari Penjara Tapah tiga tahun lepas kerana kesalahan dadah.
“Suspek pernah dirawat di Hospital Slim River tiga tahun lepas dan mengambil ubat penenang untuk mengelakkan penyakit mentalnya datang.
“Namun sudah lebih kurang setahun suspek tidak mengambil lagi ubat itu kerana dia enggan dan merasakan tiada ubat yang dapat menyembuhkan penyakitnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Koo berkata, menurut ibunya, suspek juga sering keluar rumah dengan membawa sebilah parang, kayu atau buluh yang terdapat di rumahnya dan akan memarahi orang di sekelilingnya tanpa sebab, di samping mengejar individu tersebut jika melihat atau merenungnya.
Menurutnya, suspek mengaku telah memukul mangsa dengan menggunakan sebilah parang panjang kerana mangsa telah merenungnya semasa mereka berada di tepi jalan di tempat kejadian.
“Setelah itu mangsa pun rebah dan suspek terus pergi meninggalkan mangsa dan telah pergi ke bengkel berdekatan lalu memecahkan cermin kereta, peti surat dan pasu bunga dengan menggunakan parang yang sama,” ujarnya.
Suspek yang mempunyai 14 rekod jenayah lampau, kemudiannya dikatakan pulang ke rumah dan menukar pakaiannya sebelum keluar semula menaiki motosikal menuju ke belakang sebuah pasaraya untuk menghisap dadah.
Katanya, suspek pergi semula ke tempat kejadian mangsa dipukul dan mendapati mangsa telah terbaring atas rumput dan masih bernafas namun tidak bangun.
“Suspek kemudiannya pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari tempat kejadian dan mengambil sebaldi air dan pergi ke arah mangsa tetapi mangsa telah berada di dalam longkang bersebelahannya.
“Suspek telah bertindak mencurah air ke atas badan mangsa dengan harapan mangsa akan bangun,” ujarnya.
Menurut Koo, hasil pemeriksaan forensik mendapati terdapat kecederaan mangsa luka sepanjang 6 sentimeter di bawah telinga sebelah kiri dengan kedalaman 2 sentimeter.
Rumah yang bersebelahan dengan tempat kejadian tidak berpenghuni kerana sedang dalam proses ubahsuai dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) mahupun saksi bebas menyaksikan kejadian tersebut.
Polis merampas sebilah parang panjang berukuran 76 sentimeter dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Mar 01 2020
Suspek pernah dirawat di Hospital Slim River tiga tahun lepas dan mengambil ubat penenang untuk mengelakkan penyakit mentalnya datang. - Gambar fail
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Polis kesan dua individu bakar pacuan empat roda
Polis sedang mengesan dua individu disyaki terlibat membakar kenderaan pacuan empat roda di Kampung Sungai Kayu, Damansara, tengah malam Ahad.
Polis ambil keterangan individu tinggalkan bagasi berisi wang tunai RM500,000
Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, pada 19 Mac lepas.
KK Mart: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dilempar bom petrol pada minggu lepas.
KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'
Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar molotov cocktail.
Suspek lempar bom ke arah KK Mart di Bidor dikesan menerusi CCTV
Polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang telah memberhentikan keretanya di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.
Pemilik stesen minyak hentian R&R mengaku jual RON95 kepada warga Thailand
Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nor Rajjah Mat Zin.
Kes bayi maut dicampak: Polis rakam percakapan empat individu
Polis sudah merakam percakapan empat individu berhubung kes seorang bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondominum di Sri Petaling pada Sabtu lalu.
Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.
Polis kesan dua lelaki sembur alat pemadam api samun kedai runcit
Polis sedang mengesan dua lelaki menggunakan alat pemadam api ketika melakukan samun di sebuah kedai runcit di Taman Desa Aman, Guar Chempedak di Yan.
Johor pertimbang pasang CCTV di surau dan masjid
Kerajaan Negeri Johor akan mempertimbang cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di surau dan masjid untuk tujuan keselamatan.