Seorang lelaki berusia 49 tahun maut ditembak oleh sepupunya yang dipercayai mengalami masalah mental dalam satu kejadian di Kampung Kerila, Temangan, di sini petang tadi.

Turut terkena tembakan dalam kejadian sekitar jam 1 petang tadi itu adalah rakan mangsa.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Rosmadi Abdul Aziz meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Temangan.

Dalam kejadian tersebut suspek dikatakan memecah masuk ke rumah mangsa sebelum bertindak mengambil senapang patah sebelum melepaskan tembakan.

Suspek dikatakan memecah masuk ke rumah mangsa sebelum bertindak mengambil senapang patah sebelum melepaskan tembakan. - Foto Astro AWANI
Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian perut meninggal dunia di klinik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superitendan Dzulkifli Abdul Ghani mengesahkan kejadian tersebut.