Angkara hutang, seorang lelaki warga Indonesia maut ditikam rakan sekerja di Desa Mentari, Petaling Jaya awal pagi, Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas mangsa dikenali sebagai Idris, 45 tahun, selesai minum pagi bersama suspek.

"Suspek bertindak menikam mangsa menggunakan senjata tajam kerana tidak puas hati mangsa mempunyai hutang ratusan ringgit dengannya.

"Suspek yang berusia 40-an terus melarikan diri selepas kejadian manakala mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Pusat Perubatan Hospital Universiti Malaya," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Sehubungan itu, Mohd Zani berkata suspek kini sedang giat diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi polis atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran