Seorang lelaki maut selepas terjatuh ketika mengambil sarang burung di Gua Pangi, dekat Sukau, di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, mangsa yang berusia 34 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Jamaludin berkata, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian sejauh 62 kilometer dengan kekuatan 10 anggota.

“Pihak bomba berusaha membawa keluar mayat dari gua terbabit sebelum akhirnya ia berjaya dilakukan kira-kira jam 7.30 petang.

"Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Kinabatangan," katanya.