Seorang lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini atas pertuduhan melakukan kontak fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, pada 11 Ogos lalu.

Tertuduh, Matjan Yusop, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan hakim, Azreena Aziz ketika perbicaraan.

Mengikut pertuduhan, Matian didakwa melakukan kesalahan tersebut bertempat di ruang tamu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pelalai Membakut, Beaufort pada jam 3 pagi.

Matian yang merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa didakwa menyentuh payu dara mangsa dengan menggunakan tangan selain menggeselkan kemaluannya ke atas kemaluan mangsa.

BACA: Pelajar kolej kena cabul atas motosikal

BACA: Guru diburu, cabul pelajar sambil janjikan jawatan pengawas

BACA: Pensyarah warga Mesir didakwa cabul penuntutnya

Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar jamin sebanyak RM10,000 beserta dua penjamin tempatan.

Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar jamin serta diarahkan melaporkan diri di balai polis terdekat sebulan sekali dan menyerahkan passport kepada mahkamah.

Pihak mahkamah turut memerintah tertuduh untuk mengemukakan notis alibi.

Hakim menetapkan 24 September depan sebagai tarikh pengurusan kes manakala 8 hingga 9 disember sebagai tarikh perbicaraan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dimana disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husna Abdul Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.