Lelaki transgender kini boleh berpakaian wanita berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd Yunus yang termasuk Hakim Aziah Ali dan Lim Yee Lan membuat keputusan Seksyen 66 Enakmen Syariah (Negri Sembilan) 1992 tidak sah dari segi perlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan Artikel 5, 8,9 dan 10 lapor Malaysian Insider.
Sebelum ini menjadi satu kesalahan bagi golongan lelaki yang beragama Islam untuk memakai dan berkelakuan seperti wanita.
Keputusan ini juga memberi maksud undang-undang yang berkaitan yang diamalkan di negeri dan wilayah persekutuan juga batal dan tidak sah, berdasarkan laporan yang sama.
Artikel 5(1), 8(1), 8(2), 9(2) dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan memastikan hak kebebasan asasi rakyat Malaysia.
Keputusan ini dilakukan selepas rayuan tiga transgender yang beragama Islam yang menyatakan Seksyen 66 Undang-Undang Syariah tidak sah dari segi perlembagaan.
Mereka dakwa seksyen itu mendiskriminasi hak bersuara, hak untuk bergerak dan hak mereka untuk hidup tanpa diganggu.
“Kami melihat keputusan ini selepas deklarasi yang diminta daripada ketiga-tiga perayu ini selepas keputusan yang dilakukan oleh Mahkamah Tinggi.
“Pakaian adalah satu bentuk ekspresi seseorang, di mana pandangan kami dilindungi di bawah Artikel 10 (Kebebasan Bersuara),” kata beliau dalam satu laporan The Star.
Beliau turut memberitahu enakmen syariah itu tidak boleh dipakai memandangkan perayu mengalami Gender Identity Disorder (GID) yang menyebabkan mereka berpakaian seperti wanita.
Keputusan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada bulan Oktober 2012 yang memutuskan mereka perlu mematuhi enakmen itu kerana mereka adalah golongan Muslim dan dilahirkan lelaki.
Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani and Wan Fairol Wan Ismail yang pernah beberapa kali ditahan kerana melanggar enakmen negeri itu akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan Enakmen Syariah di Negeri Sembilan itu tidak berperlembagaan.
Berdasarkan laporan New Straits Times, mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, bahagian Hal Ehwal Islam dan pengarah kerajaan negri Sembilan dan ketua pendakwa raya dan ketua penguatkuasa Syariah sebagai pihak responden.
Pihak kounsel Aston Paiva Philip mewakili perayu manakala penasihat undang-undang negeri Negeri Sembilan bertindak sebagai wakil pihak responden.
Hishamudin berkata, Mahkamah Tinggi Seremban juga membuat kenyataan dan dapatan yang bertentangan dengan bukti-bukti dan dicemari prasangka peribadi.
Hakim itu berkata Seksyen 66 dirangka untuk mencegah kesan negatif kepada masyarakat, untuk membendung kegiatan homoseksual dan lesbian yang menyebabkan penyebaran HIV.
"Kes ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan homoseksual. Kes ini mengenai lelaki Islam dengan keadaan perubatan yang dikenali sebagai GID," katanya kepada Malaysian Insider.
Hishamuddin berkata pihak hakim juga tidak mengambil kira bukti perubatan yang tidak disangkal di hadapannya.
Beliau berkata pihak berkuasa negeri gagal menolak laporan perubatan yang dikemukakan oleh pakar psikiatri Dr Ang Jin Kiat dan pendapat daripada pakar perunding psikiatri Dr Deva Dass.
“Mufti negeri telah memberikan pendapatnya apabila pertikaian ke mahkamah.
"Kami ingin menjelaskan sama ada atau tidak Seksyen 66 selaras dengan ajaran Islam atau tidak bukan satu isu dalam kes ini," kata Hishamudin.
Berdasarkan laporan perubatan, perayu telah didiagnos dengan GID dan telah mengambil perubatan horman dan menggunakan nama yang lebih feminin dalam kehidupan mereka.
"Menurut pakar psikiatri, mereka sebenarnya berjiwa perempuan, terperangkap dalam tubuh lelaki lalu mereka berpakaian perempuan," kata Philip kepada Malaysian Insider.
Beliau berkata, ini bukan pilihan anak guamnya dan GID akan kekal dalam diri mereka sehingga ke akhir hayat.
Astro Awani
Fri Nov 07 2014
Tiga transgender ini menyatakan Seksyen 66 Undang-Undang Syariah tidak sah dari segi perlembagaan.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Banduan akhir: 'Ampunkan kami jika ini Syawal terakhir'
Setiap kali menjelang syawal sudah tentu rata-rata masyarakat beragama Islam sibuk dengan persiapan juadah, pakaian baharu serta kuih raya.
Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dua minggu lalu.
Kompaun RM10,000: KKM bincang dengan Peguam Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji semula Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
Kerajaan tidak seharusnya mansuh hukuman mati mandatori - Keluarga mangsa
Kerajaan perlu mempertimbangkan semula langkah pemansuhan perkataan mandatori dalam hukuman mati kerana ia memberi keadilan kepada keluarga.
Hukum cucuk besi panas untuk pesalah sumbang mahram
Pelaku sumbang mahram layak dihukum dengan mencucuk besi panas agar mereka faham perasaan mangsa
Tiada cadangan pinda hukuman terhadap individu enggan bayar cukai pendapatan
Kerajaan tidak bercadang meminda atau memansuhkan hukuman sedia ada terhadap individu yang enggan membayar cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.