Lelaki warga Ireland, Stephen Warde yang dilaporkan hilang pada 1 Januari lalu telah ditemukan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah mengesahkan perkara tersebut seperti yang dilaporkan melalui akaun Facebook "Help Find Stephen Warde - in Malaysia", hari ini.
Mesej yang berbunyi "Stephen Warde has been found safe and well in Malaysia" telah dimuat naik petang Khamis.
"Ya...telah serah kepada kedutaan, (tunggu) laporan esok," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi pesanan ringkas, Whatsapp.
Sementara itu, ibu Warde, Mary Morrissey dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook berkata anaknya ditemukakan dalam keadaan selamat dan baik dan telah dipertemukan semula dengan ahli keluarga di Kuala Lumpur.
BACA: Lelaki Ireland hilang dipercayai masih di Malaysia
BACA: Keluarga Stephen Warde tawar RM20,000 ganjaran untuk maklumat
Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha pencarian Stephen, termasuk kakitangan Kedutaan Ireland di sini dan pihak polis . Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua di Kinrara dan kawasan sekitarnya, atas sokongan yang luar biasa dan kebaikan hati mereka dalam beberapa minggu kebelakangan ini," tulisnya.
Morrisey juga berkata bahawa baki dalam dana bagi aktiviti mengutip derma bagi usaha pencarian akan disumbangkan untuk tujuan amal.
"Buat masa ini, kami tidak akan memberikan apa-apa kenyataan atau diwawancara oleh media dan kami memohon privasi supaya kami dapat menangani emosi dan menikmati detik-detik indah dipertemukan semula dengan anak lelaki saya," katanya.
Warde, 32, memasuki Malaysia sebagai pelancong pada 15 Nov, tahun lepas dan kali terakhir dilihat di Mercu Summer Suite, Jalan Sultan Ismail pada 28 Dis lepas sebelum dilaporkan hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 28 2019
Mesej yang berbunyi "Stephen Warde has been found safe and well in Malaysia" telah dimuat naik petang Khamis. - Gambar fail
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Lelaki warga Ireland yang hilang 1 Januari lalu ditemukan
Lelaki warga Ireland, Stephen Warde yang dilaporkan hilang pada 1 Januari lalu telah ditemukan.