Satu laporan telah dibuat oleh sekumpulan individu yang mendakwa berlakunya kebocoran kepada soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Matematik 1,2 serta Matematik Tambahan.
Wakil kumpulan itu, Muhammad Rizuan Abdul Rashid memberitahu kebocoran pertama dikesan sejurus selepas peperiksaan matematik kertas 1 dan 2 selesai pada Isnin, 18 November lalu.
"Selepas kertas soalan tersebut selesai sekumpulan pelajar telah menghubungi atau berjumpa dengan sahabat saya itu menyatakan kertas-kertas soalan matematik bocor" kata Muhammad Rizuan kepada Astro AWANI.
Sebagai bukti pelajar berkenaan menunjukkan salinan soalan serta jawapan matematik yang mereka peroleh daripada seorang guru yang mengajar kelas tambahan sehari sebelum peperiksaan itu berlangsung.
Ternyata kesemua soalan yang diberikan sama dengan soalan yang keluar pada hari peperiksaan sebenar.
Ekoran kejadian itu satu aduan telah dibuat kepada LPM Malaysia di Putrajaya.
Muhammad Rizuan bagaimanapun kecewa kerana pihak lembaga gagal mengambil tindakan segera bagi menyekat perkara itu.
Beliau mendakwa sekali lagi menerima maklumat kebocoran kertas soalan matematik tambahan kertas dua pada khamis lalu.
Terbukti soalan beserta jawapan yang dihantar melalui ‘whatsapp’ itu sama dengan soalan dalam kertas peperiksaan itu.
Susulan itu satu laporan polis telah dibuat dan Muhammad Rizuan menggesa pihak lembaga mengambil tindakan tegas bagi memelihara integriti peperiksaan negara.
Astro Awani
Sat Nov 23 2013
Contoh kertas soalan peperiksaan SPM yang didakwa bocor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Banjir: Terengganu sedia hadapi sebarang kemungkinan
Kesemua agensi yang berkaitan sudah melakukan persiapan bagi menghadapi banjir setiap kali musim tengkujuh khususnya di daerah Kemaman.
Tunjuk perasaan 2013: 75 terima hukuman mati, 47 penjara seumur hidup
Mereka didakwa terbabit dalam tunjuk perasaan menyokong presiden yang digulingkan pada 2013, Mohammed Morsi.
Puluhan rakyat Syria terbunuh dalam serangan bom di Damsyik
Dalam serangan tersebut, sekurang-kurangya 77 rakyat Syria terbunuh termasuk 20 kanak-kanak selepas serangan bom dan kebakaran roket pada Isnin, kata Pemerhati Hak Asasi Syria.
Malaysia jangka aliran masuk pelaburan ICT meningkat pada 2015 - MDeC
Malaysia menjangka aliran masuk pelaburan yang banyak bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada tahun depan berikutan pembiayaan berterusan dalam pengembangan infrastruktur.
Kos Mahkamah Kuantan terlebih RM19.56 juta dari asal - Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendapati, kompleks tersebut lewat disiapkan selama 560 hari disebabkan perancangan yang lemah dari aspek reka bentuk dan skop kerja.
Analisis Awani: 2013 menyaksikan kematangan rakyat
Tahun 2013 secara keseluruhannya boleh dilihat sebagai ujian kepada dunia politik Malaysia dan tahun 2014 dianggap sebagai tahun penyembuhan (The Healing Year) untuk negara.
Kaji keputusan untuk kurangkan bebanan rakyat - GMM
Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) hari ini menyeru kerajaan supaya mengkaji semula sesetengah keputusan yang dibuat supaya ia tidak menambahkan lagi kesusahan kepada rakyat.
Jangan biar kucing temani tahun baru anda!
10 acara dan agenda bajet rendah yang boleh dilakukan untuk tahun baru.
2013: 10 kes jenayah, tragedi dan bencana di Malaysia
Tahun 2013 mencatatkan pelbagai kisah-kisah jenayah, tragedi dan bencana.
2013: Tahun ibu segala pilihan raya
Tahun 2013 merupakan antara tahun penting dalam perjalanan proses demokrasi di negara ini apabila PRU13 diadakan.