KUALA LUMPUR:Pengumuman Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji semula had umur bagi mendapatkan lesen kenderaan mendapat pelbagai reaksi masyarakat.
Berdasarkan tinjauan di sekitar ibu kota pada Sabtu, rata-rata yang ditemui bersetuju mengekalkan had umur minimum seperti sedia kala, iaitu 16 tahun bagi motosikal dan 17 tahun bagi kereta.
BACA: Had umur pengambilan lesen memandu mungkin perlu dikaji - Anthony Loke
Antaranya, Safarizan Mohamad Sedek, seorang pelatih polis, yang berpendapat remaja pada usia 16 dan 17 tahun sudah mampu berfikir dengan matang.
“Pada pendapat saya, lesen motor ambil pada 16 tahun sesuai, dan umur 17 untuk ambil lesen kereta sesuai, sebab masa itu, tahap mereka sudah matang,” katanya.
Pandangan yang sama turut dikongsi seorang suri rumah, Faridah Mohd Yatim.
"Anak-anak sekarang, jika tiada lesen, bahaya juga,” tambahnya, menyuarakan kebimbangan dengan kes kemalangan motosikal melibatkan remaja.
Bagi usahawan, Khang Lai Bin, faktor usia bukan suatu masalah.
Sebaliknya, isu remaja yang enggan mengambil ujian memandu untuk mendapatkan lesen kenderaan merupakan masalah yang harus diberi perhatian.
“Masalahnya, mereka tidak mahu hadir ujian untuk ambil lesen. Banyak yang tidak ambil ujian," katanya.
Beliau bagaimanapun percaya, umur paling sesuai untuk mengambil lesen ialah 18 tahun ke atas. "Ini lebih baik dan lebih selamat,” tambahnya.
Selain itu, pelatih polis, Mohd Naqip Abdul Rahim, turut bersetuju dengan had umur minimum pengambilan lesen yang ditetapkan.
“Saya rasa (usia 16 tahun untuk motosikal) bersesuaian kerana dalam kalangan remaja pada masa ini, kebanyakan mereka membawa motosikal ke sekolah, tetapi tidak mempunyai lesen,” katanya.
Bagi segelintir masyarakat yang berpendapat had umur minimum harus ditingkatkan ke 18 tahun, mereka merasakan seseorang lebih bertanggungjawab pada usia itu.
“Bagi had umur motosikal, saya rasa 18 sesuai. Dan untuk lesen pandu kereta pula, saya rasa 20 tahun adalah umur yang bersesuaian,” kata Farah Liza, eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Turut berkongsi pendapat serupa ialah Kamaruddin Ismail, seorang polis bantuan di Universiti Islam Antarabangsa, yang merasakan usia 21 tahun lebih sesuai.
“Pada 21 tahun, mereka mempunyai pemikiran yang mungkin lebih bertanggungjawab,” katanya.
Bagaimanapun, terdapat juga yang memberikan cadangan supaya had umur tersebut dikurangkan ke 14 tahun.
“Kebanyakan budak-budak berumur 13 dan 14 tahun sudah pandai menunggang motosikal. Kadang-kala, melalui permerhatian sahaja, mereka sudah boleh memandu kenderaan.
“Jadi, adalah lebih baik jika kita bagi peluang kepada mereka untuk belajar cara yang betul dan lebih sistematik,” kata Ridzaudin A. Majid, seorang usahawan.
Pelajar universiti, Mohd Luqman Ariff Mazwar, turut berpendapat had umur tersebut harus diturunkan.
"Sebabnya, kebanyakannya pelajar sekolah menengah pergi ke sekolah dengan menunggang motosikal. Jadi saya rasa ia (had umur) patut dikurangkan,” katanya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada Jumaat meminta orang ramai memberi maklum balas mengenai isu yang semakin membimbangkan ini.
Hal ini ekoran statistik yang menunjukkan korban kemalangan jalan raya pada 2016 adalah sebanyak 7,152 orang. Kebanyakan yang maut adalah golongan muda berusia antara 16 dan 25 tahun.
Isabelle Leong
Sun May 27 2018
Tinjauan di sekitar ibu kota pada Sabtu mendapati ramai yang bersetuju mengekalkan had umur minimum seperti sedia ada, iaitu 16 tahun bagi motosikal dan 17 tahun bagi kereta. Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
MoT tidak terima inisiatif dana hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak menerima inisiatif dana daripada hasil penjualan nombor pendaftaran kenderaan.
Khazanah tiada perancangan jual pegangan MAHB -- Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tiada pengumuman rasmi daripada Khazanah berhubung hasrat untuk menjual pegangannya dalam MAHB.
Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh diteruskan - Loke
Kementerian Pengangkutan telah membuka Pemintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi meneruskan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).
Pengekalan SST enam peratus bagi penerbangan domestik dibincang minggu ini - Loke
Anthony Loke berkata perbincangan tersebut dijangka diadakan pada Mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.
Rider tuntut kadar upah perjalanan asal dikembalikan
Kumpulan rider terbabit memohon bantuan serta campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.
Bekas pegawai Kementerian Pengangkutan didakwa terima suapan
Seorang bekas penolong setiausaha di Kementerian Pengangkutan mengaku tidak bersalah menerima suapan wang.
Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini
Kesepakatan bagi memuktamadkan penyerahan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di Kuching pada Isnin.
Industri penerbangan dijangka catat pertumbuhan lebih kukuh pada 2024 - Loke
Industri penerbangan Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan lebih kukuh tahun ini, disokong oleh inisiatif berterusan kerajaan.