KUALA LUMPUR:Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam memaklumkan LHDN Cawangan Labuan dan LHDN Shah Alam ditutup mulai 26 Oktober 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak untuk tujuan sanitasi.

LHDN dalam satu kenyataan berkata sehubungan itu, pembayar cukai disarankan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian semasa tempoh berkenaan.

"Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dibuat menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (bagi mereka yang berada di luar negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut orang ramai juga boleh menghubungi LHDN melalui https://www.facebook.com/LHDNM atau twitter - https://twitter.com/LHDNMofficia.

-- BERNAMA