Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memuat naik prosedur Program Memfail Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun 2018 sebagai rujukan dan persediaan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BNCP pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan, LHDNM berkata prosedur program memfail BNCP Tahun 2018 dimuat naik di Portal Rasmi LHDNM www.hasil.gov.my.

"Prosedur yang boleh dimuat turun tersebut merupakan panduan jelas kepada orang ramai amnya dan pembayar cukai khususnya mengenai pemfailan BNCP," katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Program Memfail BNCP Bagi Tahun 2018 ini, orang ramai boleh melayari Portal Rasmi LHDNM atau berhubung dengan Hasil Care Line di talian 1-800-88-5436.

Orang ramai juga boleh mengakses prosedur tersebut dengan mengikut arahan mudah iaitu melayari laman Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my kemudian klik Laman utama > Muat Turun > Borang/Info > Program Memfail BNCP Bagi Tahun 2018 III atau capaian secara terus di pautan http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBNCP_2018_1.pdf

-- BERNAMA