Dakwaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa pembangkang tidak mengundi pindaan perlembagaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan kerana pindaan itu "tidak bersubstantif" adalah tidak benar sama sekali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.
Beliau menjelaskan perkara itu tidak timbul kerana Jawatankuasa Kabinet Khas telah mencapai persetujuan berkenaan 17 daripada 21 isu bagi melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan berjaya.
Katanya antara 17 isu itu termasuk persetujuan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri berkenaan beberapa perkara penting seperti kuasa pentadbiran Sabah ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan; duti eksport untuk hasil kayu dan hutan; kuasa kerajaan negeri berkenaan kesihatan dan kawal selia bekalan elektrik dan gas.
"Empat isu yang baki pula dijangka diselesaikan oleh Jawatankuasa Kabinet Khas pada awal tahun 2020. Maka tidak sama sekali timbulnya sebarang isu mengenai pindaan perlembagaan ini tidak bersubstantif seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Beliau merujuk laporan berita oleh akhbar The Star bertajuk "Khairy: Umno, PAS abstained from voting on constitutional amendment for Sabah, Sarawak as they wanted more substance".
Jelasnya pada 9 April tahun lepas, 138 Ahli Parlimen Pakatan Harapan termasuk beberapa ahli bebas telah mengundi meluluskan pindaan itu, sebaliknya Khairy serta kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 19 ahli dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengundi pindaan tersebut di Dewan Rakyat.
Katanya, hanya 148 undi diperlukan untuk meluluskan pindaan perlembagaan tersebut.
"Pada masa material sebelum mengundi, terdapat hanya satu permintaan daripada pihak pembangkang. GPS meminta agar lima perkataan: 'in accordance with the MA63' dimasukkan ke dalam klausa utama dan bukannya di Nota Penjelasan.
"Pihak pembangkang tidak pernah melakukan sebarang usaha yang mulia bagi memastikan pindaan yang lebih substantif seperti yang dikatakan oleh YB Khairy," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 05 2020
Liew (kanan) berkata, pada 9 April 2019, 138 Ahli Parlimen PH dan Bebas telah mengundi meluluskan pindaan itu di Dewan Rakyat, sebaliknya Khairy (kiri) serta semua ahli Parlimen BN dan 19 ahli Gabungan Parti Sarawak tidak melakukan demikian.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Tiga lelaki disyaki terbabit kes pemerasan, larikan perunding hutang ditahan
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan melarikan seorang perunding hutang pada Selasa lepas.
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.