Istana Negara turut tidak ketinggalan dalam menzahirkan solidariti kepada pasukan petugas hadapan dalam mengekang wabak COVID-19 dengan menyertai program Limpahan Lampu Biru anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan.

Dalam catatan terbaharu di laman rasmi Instagram Istana Negara, ia menyebut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta ahli keluarga lain berkenan agar seluruh Istana Negara dilimpahi dengan cahaya kebiruan.

“Program Limpahan Lampu Biru adalah sebagai sokongan dan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang berjuang mengekang wabak COVID-19,” menurut catatan itu lagi.

#LightItBlue: YDP Agong, Raja Permaisuri Agong turut zahirkan sokongan kepada petugas COVID-19

#LightItBlue: YDP Agong, Raja Permaisuri Agong turut zahirkan sokongan kepada petugas COVID-19

BACA:
#LightItBlue: Astro zahirkan sokongan kepada petugas barisan hadapan COVID-19

BACA: KWP jadikan ibu kota bandaraya 'biru', penghargaan untuk petugas perubatan

Dalam satu kenyataan, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, tujuan utama program itu adalah demi menzahirkan jutaan terima kasih terhadap pengorbanan, kecekalan, kesungguhan, jasa dan keringat pasukan barisan hadapan, baik di sektor awam, swasta serta sukarelawan yang bertugas tanpa sempadan memerangi wabak COVID-19 untuk rakyat Malaysia.

“Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan menzahirkan tanda penghargaan dan solidariti kepada semua petugas barisan hadapan negara khususnya di Wilayah Persekutuan,” menurut kenyataan itu lagi.

KWP berkata, pelaksanaan program Light It Blue itu melibatkan bangunan-bangunan ikonik dan jalan-jalan protokol di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, yang mana pemilihan warna biru adalah kerana ia merupakan warna rasmi bidang perubatan yang membawa maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus.

Program Limpahan Lampu Biru adalah sebagai sokongan dan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang berjuang mengekang wabak Covid-19 - Istana Negara