Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan perlembagaan universiti dilihat semula atau dipinda untuk meningkatkan keupayaan universiti menjana pendapatan.
Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata terdapat beberapa klausa dalam perlembagaan tersebut yang menghalang universiti untuk menjalankan projek pembangunan sekaligus menyukarkan usaha menambah pendapatan.
"Kalau mahu universiti mencari dana sendiri, kita perlu buka platform untuk pengurusan universiti menjana pendapatan menerusi ruang perniagaan, pembangunan hartanah dan insrumen wakaf," katanya pada sidang media di sini hari ini bagi mengumumkan program MPN Bersama Masyarakat Sabah.
Raduan berkata MPN akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk membangunkan model baharu ke arah meningkatkan kapasiti universiti menjana pendapatan.
Katanya beliau akan mengadakan pertemuan bersama penasihat undang-undang universiti bagi mengenal pasti dan memperhalusi seksyen atau klausa yang berkenaan agar langkah dapat diambil bagi mengatasi sebarang kekangan.
MPN juga mencadangkan semua universiti mewujudkan struktur atau unit penjana pendapatan dan bekerjasama dengan pihak industri serta alumni, katanya.
Mengenai program MPN Bersama Masyarakat Sabah pada 23 Mac hingga 2 April ini, Raduan berkata program itu bertujuan mendekati, memahami seterusnya menganalisa permasalahan rakyat di lapan daerah sebelum dipanjangkan kepada tindakan kerajaan.
Program akan bermula di daerah Semporna diikuti Tawau; Sandakan; Kundasang; Kudat; Lahad Datu dan Sipitang sebelum singgah di Kota Belud sebagai lokasi terakhir, katanya.
-BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2017
DR RADUAN: MPN mencadangkan perlembagaan universiti dilihat semula atau dipinda untuk meningkatkan keupayaan universiti menjana pendapatan. - Gambar fail
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Perjalanan terakhir Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara
Faida Rahim, Wartawan Astro AWANI
Tun Hanif Omar Ketua Polis Negara terlama dan termuda
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Lihat semua perlembagaan universiti untuk tingkat keupayaan jana pendapatan - MPN
Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan perlembagaan universiti dilihat semula atau dipinda untuk meningkatkan keupayaan universiti menjana pendapatan.