Lima buah gerai makan berhadapan berek Polis Diraja Malaysia di AU3 Keramat, di sini musnah dalam kebakaran lewat hari ini.
Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan dua buah gerai lain berdekatan daripada turut musnah dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat Mohd Fahmi Abd Rahim berkata panggilan kecemasan diterima pada 7.03 malam dan seramai 21 anggota dan pegawai dengan tiga jentera dari balai bomba dan penyelamat Wangsa Maju, Keramat dan Ampang dikerah ke lokasi kejadian.
“Kebakaran dapat dikawal dalam masa 15 minit. Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.
Saksi kejadian Nur Fitri Ema Zulkafli, 33, berkata kebakaran bermula di gerai tengah sebelum merebak ke deretan premis yang lain.
“Mula-mula api kecil sebelum merebak pantas melalui wayar elektrik di situ… Saya nampak api mula di bahagian belakang kedai.
“Mujur ketika kejadian tiada pelanggan di kedai-kedai di situ yang hanya dibuka pada waktu pagi,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 24 2018
Menurut saksi, kebakaran bermula di gerai tengah sebelum merebak ke deretan premis yang lain. - Gambar hiasan
Biar Sanusi fokus bangunkan Greater Kedah - Saifuddin
Saifuddin percaya fokus Muhammad Sanusi ialah membangunkan Greater Kedah, walaupun Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri belum pernah diadakan setakat ini.
Perompak maut dilanggar mangsa, polis buru 2 rakan larikan diri
Cubaan rompak tiga lelaki gagal apabila seorang daripada mereka maut selepas dilanggar oleh mangsa di sebuah farmasi di Kuala Kedah, di sini pada Selasa.
Cuaca panas: Suhu di Perlis, Pokok Sena boleh cecah 40 darjah Celsius
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba tahap dua di Perlis dan Pokok Sena, Kedah dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.
Industri sawit terjejas selepas pembekuan kuota pengambilan pekerja asing
Industri sawit terjejas dan menghadapi masalah untuk mengupah pekerja asing selepas kerajaan membekukan kuota pengambilan pekerja asing.
MoT tidak terima inisiatif dana hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak menerima inisiatif dana daripada hasil penjualan nombor pendaftaran kenderaan.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam mereformasi sistem percukaian negara - MoF
Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara.
Syarikat pengedar stoking kesal dengan kecuaian pembekal, mohon maaf
Syarikat pengedar Xin Jian Chang yang beroperasi di Batu Pahat Johor menyuarakan rasa kesal dengan kecuaian pembekalnya dari negara China.
Tindakan nekad polis selamatkan dua beranak dalam kebakaran
Tindakan pantas tiga anggota polis memecahkan pintu satu unit kondominium di Wangsa Maju, di sini, berjaya menyelamatkan dua beranak daripada lemas akibat terhidu asap dalam kebakaran, pada Isnin.
Kes saman fitnah: Na'im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo
Mohd Na'im akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Papagomo dalam kes saman fitnah.
Kedah realisasi RM11.6 bilion pelaburan pada 2023
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (nNCIA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah merealisasikan pelaburan sebanyak RM11.6 bilion dan mewujudkan lebih 3,400 peluang pekerjaan pada 2023.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.
Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.
Tiga hari 'tinggal' bersama mayat bekas kekasih, dua anak dalam rumah
Seorang wanita yang ditemui maut bersama dua anaknya di dalam bilik sebuah apartmen di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.
Bumbung terbang, kereta dihempap pokok
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang Ahad itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Tujuh ditahan berhubung insiden gaduh di restoran Pandan Indah
Polis menahan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang.
Lelaki serang peniaga guna gelas besi ditahan
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menyerang peniaga menggunakan gelas besi, dalam kejadian di sebuah medan selera pada Ahad.
'Tak sangka berubah jadi pendiam petanda Ammar tinggalkan kami'
Ammar merupakan seorang anak yang manja, ringan tulang dan bertanggungjawab dengan adik-beradiknya.
Buruh binaan pukul ibu saudara ditahan
Seorang buruh binaan ditahan kerana disyaki memukul ibu saudaranya selepas berlaku perselisihan faham di sebuah rumah di Jalan Maju Utama, di sini, pada Ahad.