Kementerian Kesihatan menganggarkan bahawa lima juta rakyat di negara adalah perokok berusia 18 tahun ke atas.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata golongan itu menyumbang kepada kira-kira 20,000 kematian pramatang dan komplikasi merokok setiap tahun.
"Antara komplikasi utama ialah kanser, penyakit kronik paru-paru dan penyakit kardiovaskular," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit, di sini pada Ahad.
Sementara itu, Lokman Hakim berkata pelbagai pelan strategik dilaksanakan bagi mencapai sasaran 390,000 perokok membuang tabiat itu dalam tempoh tiga tahun.
Beliau berkata inisiatif itu sejajar dengan sasaran negara untuk mengurangkan penggunaan tembakau di Malaysia sebanyak 30 peratus menjelang 2025.
"Program mQuit diperkenalkan untuk memberi ruang kepada perokok mendapatkan tiga peringkat sokongan iaitu nasihat profesional penjagaan kesihatan, bahan bantuan berhenti merokok dan kesungguhan perokok itu sendiri," katanya.
Program mQuit melibatkan kerjasama Kementerian Kesihatan dengan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Akademi Farmasi Malaysia dan Syarikat Johnson and Johnson Sdn Bhd.
Program itu dilaksanakan di semua klinik kesihatan di seluruh negara, farmasi terpilih dan secara online.
Sebanyak 140 perkhidmatan kesihatan swasta turut memohon diberikan akreditasi mQuit bagi membolehkan mereka melaksanakan perkhidmatan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan mQuit, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.JomQuit.com.my.
Bernama
Mon May 30 2016
Antara komplikasi utama ialah kanser, penyakit kronik paru-paru dan penyakit kardiovaskular. - Gambar fail
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
"Rasa bersalah dengan anak" genap 8 tahun berhenti merokok, bapa ini kongsi tip
Selepas lebih 27 tahun, akhirnya lelaki ini memilih berhenti merokok.
Berhenti merokok: Salur maklumat tepat, bukti saintifik bantu perokok - Kajian
Kajian itu turut mendapati usaha mengurangkan kadar perokok menjadi antara perkara penting melibatkan isu kesihatan awam.
Berhijrahlah! Berhenti daripada merokok
Isu merokok merupakan satu isu penting pada masa kini kerana berjuta-juta orang telah menjadi ketagih terhadap bahan terbabit termasuk umat Islam sendiri.
Apa Pak Din buat sampai 60,000 perokok berhenti merokok?
Sasaran Pak Din satu juta perokok akan tinggalkan rokok selepas ini!
Lima juta rakyat Malaysia perokok berusia 18 tahun ke atas - KKM
Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata golongan itu menyumbang kira-kira 20,000 kematian pramatang dan komplikasi merokok setiap tahun.
Siapa Obama takut?
CNN melaporkan pengakuan tersebut dirakam oleh kamera di Perhimpunan Agung PBB ketika perbualan antara Obama dan Maina Kiai.