Kes baharu COVID-19 hari ini kekal pada angka dua digit. Bagaimanapun, tiada kes penularan dalam negara melibatkan rakyat Malaysia, menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Berikut lima perkara yang anda perlu tahu tentang perkembangan kes COVID-19 hari ini.

1) 18 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini iaitu 4 kes import dan 14 kes penularan dalam negara.

2) 4 kes import melibatkan 3 warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara dan seorang bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

3) 14 kes penularan dalam negara, kesemuanya tidak melibatkan warganegara Malaysia.

4) 9 kes positif adalah saringan ulangan daripada Kluster Pedas di Negeri Sembilan dan Melaka.

5) Tiada pertambahan kes kematian COVID-19 dilaporkan, jumlah kematian melibatkan COVID-19 di Malaysia kekal 121 kes.