Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 16 kes positif COVID-19 baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,831 kes.

Ini lima perkara penting yang anda perlu tahu dalam kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 22 Julai.

1. 16 kes baharu jangkitan COVID-19 terdiri daripada lapan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan dalam negara.

2. KKM telah mengenalpasti dua lagi kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Hyde Park dan Kluster PUI Melbourne.

3. Empat kes telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital.

4. Hanya lima kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

5. Jumlah kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 142 kes.