PUTRAJAYA:Sabah menyaksikan perkembangan positif apabila mencatatkan penurunan jumlah kes baharu COVID-19 sebanyak 517 kes (55.8 peratus) pada Selasa iaitu daripada 927 kes kepada 410 kes manakala kawasan Lembah Klang masih mencatat peningkatan kes dengan 138 kes.

Berikut merupakan lima perkara penting  pada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 27 Oktober:

1. 835 kes baharu dilaporkan.

2. Dua kes kematian baharu direkodkan, jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 238 kes.

3. Jumlah kes kebolehjangkitan kini sebanyak 9,903 kes.

4. 89 kes dirawat di ICU, 32 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

5. Dua kluster baharu dilaporkan, Kluster Lintas dan Kluster Limbungan.