Lima rentung manakala seorang lelaki warga emas melecur teruk dalam kebakaran empat rumah di Sungai Petani kira-kira jam 4 pagi tadi.

Kebakaran di Kampung Baru Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya itu membabitkan empat buah rumah papan yang didiami 22 orang.

Lima yang rentung itu merupakan seorang wanita, dua lelaki dan dua kanak-kanak.

Mayat mangsa wanita ditemui di pintu hadapan manakala empat lagi ditemui rentung di dalam rumah.

Warga emas yang melecur diselamatkan orang awam selepas dia berjaya keluar dari rumah.

Menurut Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mazukhi Shaffie, api berjaya dikawal setengah jam kemudian.