KUALA LUMPUR:Lima lokasi akan memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), manakala dua lokasi ditamatkan PKPD hari ini.

Berikut lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada hari ini, Isnin, 30 November 2020.

1) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanakan di dua lokasi di Ipoh susulan peningkatan kes positif COVID-19 di Kilang Kamaya dan Kilang Salutica. Lokasi terbabit ialah Zon A Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah, bermula 1 Disember hingga 14 Disember.

2) Tiga lokasi di Sabah turut dikenakan PKPD iaitu Pusat Tahanan Sementara Sibuga (Sandakan) serta Kg. Desa Bajau dan Kg. Dasar Baru (Lahad Datu), bermula 2 Disember hingga 15 Disember.

3) PKPD di dua lokasi iaitu Putra Point, Nilai dan Maahad Al-Yahyawiah, Kuala Kangsar ditamatkan hari ini.

4) PKPD di Asrama pekerja Top Glove di Klang, dilanjutkan sehingga 14 Disember.

5) Pekerja asrama pekerja berkenaan yang masih dalam kuarantin tidak dibenarkan bekerja dan dipakaikan gelang khas.