KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan 1,870 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan sebanyak 110,485 kes.

Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

1. Buat kali pertama, Johor menjadi negeri dengan jumlah kes tertinggi, iaitu 607 kes. Ini diikuti oleh Selangor dengan 472 kes dan Sabah sebanyak 280 kes.

2. Peningkatan kes di Johor dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes.

3. Sebanyak 402 kes (21.5 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara.

4. Sementara itu, enam kematian dicatatkan hari ini,  menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 463 kes.

5. Lapan kluster baharu turut dilaporkan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Kedah.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)