Logo baharu kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) akan diketahui bulan depan (Jun).
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata logo ciptaan rakyat Malaysia itu akan dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2019 di Muzium Diraja Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Jun.
Musa berkata logo itu dipilih daripada puluhan peserta yang yang menyertai pertandingan mencipta logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang diadakan dari 11 Mac hingga 24 Mac lepas.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya terpaksa mengadakan pertandingan tersebut selepas logo asal TMM 2020 yang dilancarkan di Chiang Mai, Thailand, Januari lalu mendapat kritikan dan pandangan negatif pelbagai pihak.
"Logo baharu ini akan menyemarakkan lagi kempen mempromosi TMM 2020 yang telah dimulakan sejak awal tahun ini," kata Musa pada sesi sembang santai bersama pengamal media di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Musa berkata Tourism Malaysia akan meningkatkan kerjasama dengan agensi media tempatan dalam usaha memperkasa dan mempergiatkan lagi prmosi kempen TMM 2020.
Beliau berkata media sebagai medium penyampaian berpengaruh perlu diberikan peranan seluasnya mempromosi TMM 2020 disamping usaha dan inisiatif yang dilakukan kerajaan.
Musa berkata pihaknya akan menjadikan fasa liputan terbaik pernah dikecapi agensi itu hasil hubungan akrab bersama media ketika Kementerian Pelancongan diterajui oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 1999 hingga 2004 sebagai panduan dalam mengembalikan semula jalinan mesra sedemikian.
"Ketika itu, media diberikan tempat dan peranan yang besar dalam mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan hasil hubungan baik yang terjalin antara kementerian dengan semua agensi berita.
"Saya harap era itu dapat diulang semula bagi membolehkan media terus bersama kami memberikan liputan yang positif terhadap sebarang aktiviti pelancongan, kesenian dan kebudayaan yang dianjurkan," katanya.
Musa berkata TMM 2020 adalah kempen kelima dianjurkan selepas 1990, 1994, 2007 dan 2014 yang menyasarkan kedatangan 30 juta pelancong.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2019
MUSA: Logo baharu ini akan menyemarakkan lagi kempen mempromosi TMM 2020.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.
Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut
Bagaimanapun kayuhan emas sebenar 'The Pocket Rocketman" akan dinanti dalam acara kegemarannya iaitu keirin yang akan memulakan saingan pada Sabtu ini.
Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disaran mengenal pasti minat dan kemampuan diri sebelum membuat pilihan pendidikan di peringkat tinggi.
Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.
TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.
Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.