Laluan dari Plaza Tol Jalan Duta menuju ke utara mengalami kesesakan teruk petang Khamis susulan kemalangan yang berlaku di kawasan masuk Restoran Jejantas Sungai Buloh membabitkan tiga buah lori.

Dalam kejadian yang berlaku kira kira jam 3.45 petang, sebuah lori yang sedang dalam perjalanan memasuki kawasan rehat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) itu telah merempuh lori di hadapannya.

Ia menyebabkan kenderaan pertama itu terbabas memasuki longkang dan melintang di tengah-tengah jalan.

Sebuah lagi lori yang melalui laluan sama gagal mengelak dan terus merempuh kedua-dua lori berkenaan.

Salah sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan di Sungai Buloh pada petang Khamis. - Astro AWANI

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu lori selamat dan hanya mengalami kecederaan ringgan.

Kemalangan menyebabkan laluan masuk ke restoran itu terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.