Tiga terkorban dalam satu kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah treler di Kilometer 100.3 Lebuhraya PLUS arah selatan, di Yong Peng, awal pagi pada Rabu.
Perkara itu disahkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Othman Mohd Baher, berdasarkan pemeriksaan pasukan perubatan yang turut berada di lokasi.
Menurut Othman, lapan anggota yang digegaskan ke lokasi kejadian berusaha mengeluarkan tiga jasad mangsa yang tersepit.
Tiga yang maut itu merupakan pemandu lori dan dua kelindan yang dikenali sebagai Edi Suherman dan Ujang Jamaludin.
Kesemua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Azhan Abdul Halim yang mengesahkan kejadian berkata, lori treler yang dipandu lelaki tempatan berumur 37 tahun di lorong kiri telah dirempuh dari arah belakang oleh lori yang dinaiki tiga mangsa yang maut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Wed Jul 01 2020
Keadaan lori yang remuk akibat merempuh belakang treler, hingga membuatkan pemandu dan dua kelindan maut. - JBPM
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Lori rempuh belakang treler, tiga maut di lokasi
Tiga yang maut itu merupakan pemandu lori dan dua kelindan yang dikenali sebagai Edi Suherman dan Ujang Jamaludin.