Tutup

Lori tangki terbakar di lebuh raya PLUS, lalu lintas sesak lima kilometer

Lori tangki terbakar di lebuh raya PLUS, lalu lintas sesak lima kilometer
Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya ke lokasi untuk operasi pemadaman. - Foto Ihsan Pembaca
IPOH: Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbakar di Kilometer 268 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Ipoh pada Rabu.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.16 pagi.


Menurutnya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya ke lokasi untuk operasi pemadaman.


“Lori tangki muatan minyak itu terbakar 60 peratus dan kerja pemadaman dijalankan tetapi tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya di sini.

Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbakar di Kilometer 268 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Ipoh pada Rabu. - Foto Ihsan Pembaca


Sementara itu, menurut pihak PLUS, bagi mengurangkan kesesakan laluan ke utara secara kontra dibuat di samping melalui kawasan parkir sementara.




Tag: PLUS, Ipoh, kemalangan, bomba, minyak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM, Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.