Lynas Malaysia Sdn Bhd telah mencapai 'bebas masa kecederaan' setahun hari ini, hasil daripada komitmen syarikat untuk mencapai standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan terbaik serta kecemerlangan operasi.
Kehilangan masa akibat kecederaan merupakan kecederaan yang dialami pekerja sehingga individu itu tidak dapat bekerja untuk satu hari atau satu syif atau lebih.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat perlombongan nadir bumi itu berkata ia melaksanakan piawaian keselamatan dan kesihatan bertaraf dunia di loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Pengarah Urusan dan Naib Presidennya Datuk Mashal Ahmad berkata semua kakitangan dan kontraktor syarikat mementingkan aspek keselamatan dan mematuhi dasar dan prosedur keselamatan dan kesihatan Lynas.
"Setahun tanpa kehilangan masa kecederaan, bermakna kakitangan kami selamat dan pulang ke rumah dan keluarga dalam suasana gembira," katanya.
Lynas Malaysia baru-baru ini dianugerahi pingat emas dalam penilaian terbaru tanggungjawab sosial korporat (CSR) EcoVadis berdasarkan pencapaiannya dalam penjagaan alam sekitar, pekerja dan hak asasi manusia, etika dan pemerolehan yang lestari.
Ia juga menandatangani Inisiatif Global United Compact, inisiatif kelestarian korporat terbesar di dunia, awal tahun ini.
Pada September 2018, Lynas Malaysia menerima pengiktirafan Organisasi Antarabangsa bagi Penyelarasan Standard (ISO) daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), badan pensijilan yang diiktiraf Malaysia, untuk OHSAS 1800: 2007 Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, ISO 9001: 2015 Pengurusan Kualiti, dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001: 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2019
Lynas Malaysia baru-baru ini dianugerahi pingat emas dalam penilaian terbaru tanggungjawab sosial korporat (CSR) EcoVadis berdasarkan pencapaiannya dalam penjagaan alam sekitar, pekerja dan hak asasi manusia, etika dan pemerolehan yang lestari.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
'Langkah kerajaan laksana subsidi bersasar, skim baharu gaji penjawat awam berdasarkan prinsip'
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Aspek keselamatan, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian - Fadhlina
Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara dibangkitkan pada perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.
Kementerian Komunikasi bangunkan Kerangka Strategik 2024-2025, dukung dua misi utama kementerian - Fahmi
Kementerian Komunikasi membangunkan Kerangka Strategik Kementerian Komunikasi Tahun 2024-2025, dengan Visi: Masyarakat MADANI Berinfomasi, Berhubung, Berdaya Maju dan Kreatif.
Kod Sukan Selamat kekal keutamaan KBS - Hannah Yeoh
Kod itu merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan.
Agenda Johor Selamat mantapkan aspek keselamatan negeri - MB Johor
PDRM terus bekerjasama dengan ATM, agensi-agensi beruniform dan badan bukan kerajaan untuk meningkatkan lagi keselamatan negeri.
Aspek keselamatan nelayan laut dalam negara masih jauh terbelakang
Ancaman lanun, nelayan asing, ketidaktentuan cuaca - antara malang tidak berbau yang berisiko meragut nyawa jika tersilap langkah.
Kereta api furnikular Bukit Bendera ditutup untuk penyelenggaraan
Penyelenggaraan dan pemeriksaan untuk memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Pusat tahfiz perlu ditadbir urus dengan baik, profesional - Tengku Hassanal
Aspek keselamatan perlu dititikberatkan supaya kemalangan tidak diingini dapat dielak selain sesi pembelajaran dapat berjalan lancar.
Pengendali pelancongan sukan air perlu utamakan soal keselamatan - MOTAC
Susulan beberapa kejadian aktiviti di air yang meragut nyawa, maka perlu ketegasan dalam soal keselamatan dibuat pemain industri itu.