PADA dasarnya, monsun timur laut di negara ini berlaku sekitar bulan November hingga Mac, namun sejak beberapa minggu lalu, banyak kawasan di negara ini sudahpun mula menerima taburan hujan yang tinggi.
Setiap kali musim peralihan monsun, umum mengetahui bahawa hujan lebat adakalanya disertai ribut petir dan angin kencang.
Lebih daripada itu, ia turut diiringi peristiwa lanjutan yang berisiko terhadap keselamatan manusia, misalnya kejadian banjir, tanah runtuh, angin kencang dan arus kuat di lokasi air seperti sungai serta laut.
Kemalangan tanpa mengira cara, sebab dan lokasi boleh terjadi pada bila-bila masa jika seseorang terlupa untuk mengambil langkah-langkah penjagaan keselamatan asas.
HINDARI LOKASI BERISIKO
Cara terbaik untuk mengelakkan kilat, banjir kilat, dan keadaan berbahaya lain adalah dengan tidak berada di kawasan yang terdedah pada bahaya.
Secara logiknya, lokasi-lokasi akuatik seperti air terjun, sungai, paya, lombong, terusan, kolam, tasik dan laut perlulah dielakkan, lebih-lebih lagi jika anda membawa anak-anak kecil.
Malangnya, semakin kerap dinasihati dan diingatkan, masih ada kejadian melibatkan korban jiwa di tempat-tempat tersebut yang dilaporkan media massa setiap tahun.
Adalah lebih baik kualiti waktu bersama keluarga dan teman-teman dihabiskan di lokasi seperti pusat beli-belah, panggung wayang dan taman permainan berbumbung, berbanding berada di kawasan terbuka.
Terdapat banyak cara untuk mendapatkan maklumat laporan kaji cuaca termasuklah dengan menonton ramalan cuaca semasa di TV atau internet, mendengarkan laporan cuaca di radio, serta melihat sendiri keadaan langit di sekitar kawasan anda. Pastikan anda peka keadaan sekeliling dan berada di kawasan yang selamat.
SEDIAKAN KEPERLUAN ASAS
Untuk berdepan situasi yang lebih buruk, khususnya apabila hujan lebat membawa ancaman lanjutan, setiap isi rumah perlu menyediakan barangan keperluan seperti kit pertolongan cemas, lampu suluh yang dilengkapi bateri, ubat-ubatan selain bekalan makanan dan air bersih.
Pastikan juga anda mempelbagaikan stok makanan di kediaman anda, teruitamanya dari kategori makanan yang tidak perlu dimasak. Semua itu pasti berguna sekiranya hujan lebat biasa bertukar menjadi tragedi yang lebih buruk hingga membawa kepada status darurat.
Bayangkan apa yang anda perlu jika berada di dalam rumah dalam situasi terputus bekalan elektrik, ataupun banjir yang melumpuhkan akses pengangkutan.
CABUT PLAG BARANGAN ELEKTRONIK
Pastikan anda padam suis kuasa dan cabut plag barangan elektronik di rumah seperti televisyen, radio, modem, komputer dan barangan lain ketika hujan lebat diiringi petir. Dalam situasi lebih teruk seperti dilanda banjir, semua peralatan perlu dipadamlan, termasuk peti sejuk.
Pastikan juga anda mengalihkan barangan elektrik serta barangan penting lain di aras yang lebih tinggi supaya tidak dibawa arus air sekiranya berlaku banjir.
JANGAN MEREDAH BANJIR ATAU RIBUT
Jangan sesekali memandu kenderaan mengharungi air banjir kerana ia boleh membahayakan nyawa anda serta merosakkan kenderaan anda.
Jika kenderaan anda terperangkap di dalam air banjir, keluar dan tinggalkan saja kenderaan anda sebelum paras air naik ke paras yang lebih tinggi. Nyawa lebih penting dari harta benda!
Tambahan pula, jangan sesekali cuba merentasi ribut atau air banjir kerana kadar penglihatan anda pada ketika itu sangat rendah. Anda mungkin boleh terjerumus ke dalam parit, longkang, lubang dan sebagainya.
Anda juga perlu mengenal pasti kawasan yang lebih tinggi di sekitar anda dan tahu laluan pantas untuk keluar dari kawasan yang ditenggelami banjir.
JANGAN DEKAT DENGAN TIANG DAN PENCAWANG ELEKTRIK
Jangan sesekali berada dekat dengan tiang atau pencawang elektrik kerana anda boleh terkena renjatan. Jika anda melihat seseorang rebah akibat terkena renjatan, jangan segera mendekati dan menyentuh mangsa tanpa memikirkan tentang risiko persekitaran terlebih dahulu.
Niat anda mungkin mulia kerana hendak mebantu, tetapi anda terlupa bhawa membantu tanpa pengetahun dan kemahiran, boleh menyebabkan anda juga menjadi mangsa seterusnya!
Sebaik-baiknya, jaga jarak anda dan hubungi talian kecemasan dengan segera.
Pastikan anda peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh anggota keselamatan dan tahu lokasi pusat pemindahan sementara berdekatan anda.
RANCANG PERJALANAN
Walau apapun, ada dalam kalangan kita yang masih perlu pergi ke tujuan tertentu meskipun dalam musim hujan ini.
Kerja, kuliah, urusan pentingh melibatkan keluarga - semua itu memerlukan seseorang membuat perjalanan dari satu lokasi ke lokasi seterusnya.
Sebaik-baiknya, rancang perjalanan tersebut dengan mengambil kira faktor cuaca, mengenal pasti laluan perjalanan yang berisiko (mungkin ditenggelami banjir), dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi tersebut.
Selain boleh menggunakan sistem pengangkutan awam, seseorang yang menaiki kereta persendirian juga perlu memahami selok-belok rangkaian jalan raya dan akses keluar dari zon berisiko.
Bagi yang terpaksa juga menaiki motosikal, elakkan berhenti berteduh di bawah jejambat tetapi meninggalkan motosikal di laluan kiri jalan raya hingga mengganggu kelancaran trafik.
Pilih tempat hentian yang lebih selamat, termasuk yang disediakan khas di bahu jalan yang berjarak selamat.
Jom kita jadi pintar bersama! Semoga kita semua terhindar daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
Afiq Ariffin
Thu Oct 04 2018
Langkah-langkah yang perlu diambil kira semasa berlakunya musim hujan, ribut dan banjir. - Astro AWANI
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Mindef sedia hantar ATM ke Asia Barat bantu urus keselamatan pelajar Malaysia - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan.
PM Thailand bimbang peningkatan pertempuran berhampiran sempadan dengan Myanmar
Srettha berkata beliau memantau rapi keadaan itu, dan komited untuk memastikan keselamatan rakyat Thailand.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Industri perbankan bekerjasama dengan pengawal selia, agensi untuk tingkatkan keselamatan pelanggan
Industri perbankan berusaha meningkatkan langkah keselamatan mengikut modus operandi penipuan terkini.
Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM
Keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah.
Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan George Town dikurangkan kepada 40km/j
Kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam.
Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan
Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser mengumumkan untuk melindungi UEFA Euro 2024 daripada sebarang ancaman keganasan yang berpotensi.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pantau rapat serangan kebakaran di selatan Thailand
Berdasarkan laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden berkenaan.
China, ASEAN bekerja keras muktamadkan COC di Laut China Selatan - Menteri Luar China
Menteri Luar China Wang Yi berkata COC akan menjadikan Laut China Selatan kekal sebagai "lautan keamanan dan kerjasama".
86 kes tangkapan bot nelayan asing cuba ceroboh perairan negara tahun lepas - Shamsul Anuar
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata bagaimanapun isu pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut negara masih terkawal.