Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di sini ditutup empat hari mulai esok hingga Khamis berikutan penyebaran virus Beguk.
Sehubungan itu, seramai 560 pelajar di madrasah itu dibenarkan pulang hari ini.
Pengetua madrasah itu Jusoh Mat berkata lebih 20 orang pelajar lelaki sekolah berkenaan dijangkiti penyakit Beguk sejak tiga minggu lalu.
"Penyakit Beguk disebabkan oleh virus 'paramyxovirus' yang menyebabkan keradangan dan sakit pada kelenjar air liur (parotid).
"Setelah disiasat penyakit ini kita dapat kesan bermula daripada seorang pelajar lelaki Tingkatan 1 yang dijangkiti virus itu selepas melawat bapa saudaranya yang dijangkiti virus tersebut di Kota Bharu, Kelantan pada 27 Julai lalu sebelum kembali ke sekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di madrasah itu di Kampung Padang Landak, Jertih di sini hari ini.
Menurut Jusoh, sekolah itu ditutup selepas mendapat nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut bagi mengelak penularan penyakit tersebut selain memberi ruang kepada kerja membersihkan beberapa kawasan seperti surau, kantin dan asrama dengan bahan kimia yang disyorkan PKD.
Tambah beliau lagi hampir setiap hari pihak sekolah terpaksa menghantar pelajar yang terkena virus mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Padang Luas dan mereka akan dikuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 12 2018
Penyakit Beguk disebabkan oleh virus 'paramyxovirus' yang menyebabkan keradangan dan sakit pada kelenjar air liur (parotid). - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Pesakit beguk disaran elak aktiviti ziarah pada Aidilfitri
Dr Mohd berkata jumlah itu adalah peningkatan hampir 100 peratus kes beguk dalam tempoh hanya tiga minggu.
Penyakit beguk di Terengganu meningkat kepada 182 kes
Peningkatan 68 kes dalam tempoh dua minggu membabitkan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu.
Penyakit beguk di Terengganu semakin membimbangkan
Penularan penyakit mumps atau beguk di Terengganu semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan ketara berbanding tahun lepas.
Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Gerakan antivaksin antara faktor penularan semula penyakit berjangkit
Beberapa penyakit seperti difteria, demam campak, beguk atau mums, dan rubela boleh dielakkan melalui pemberian vaksin.
Tutup sekolah elak wabak beguk berterusan - KKM
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan kawalan dan pencegahan termasuk pengasingan pelajar sejak kejadian kluster beguk itu dilaporkan pada 14 Ogos 2018.
Apa itu beguk? Kenali punca, simptom dan cara merawat
Pernahkah tiba-tiba pipi anak anda bengkak dan mengadu sakit? Sakitnya sampai susah untuk meneguk air dan makan.
Wabak beguk: Dua sekolah di Selangor ditutup sementara
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu.
Tiada penularan wabak beguk di Perak - Lee
Penularan wabak beguk dapat ditangani dan kebiasaanya pesakit beguk akan pulih dalam tempoh kurang dua minggu.
Madrasah di Besut tutup empat hari akibat penularan virus beguk
Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di sini ditutup empat hari mulai esok hingga Khamis berikutan penyebaran virus Beguk.