'Mahadzir sudah sedar, minta baju tidur dan berus gigi ' - Adik

'Mahadzir sudah sedar, minta baju tidur dan berus gigi ' - Adik
Mahadzir sudah mula boleh bercakap namun masih di bawah pengawasan rapi doktor.
KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman semakin menampakkan perkembangan positif apabila beliau sudah mula sedar dari koma.

Menurut adiknya, Danial, Mahadzir sudah mula boleh bercakap namun masih di bawah pengawasan rapi doktor.
Dalam satu mesej yang dihantar kepada media, Danial memaklumkan, ucapan pertama yang keluar dari mulut ikon pengacaraan itu ialah "Minta tolong seseorang bawa baju tidur dan berus gigi saya ke hospital ya".

BACA: Mahadzir Lokman stabil, henti sebar khabar angin - Dr Noor Hisham

BACA: 'Sudahlah sedih, kena balas mesej takziah pula' - adik Mahadzir Lokman

Mahadzir dikejarkan ke PPUM sekitar jam 10 pagi Ahad selepas dijumpai tidak sedarkan diri di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau dilaporkan terkena jangkitan bakteria selepas pulang dari Jakarta, Indonesia atas urusan kerja  beberapa hari lalu.