Golongan mahasiswa disaran mengubah mentaliti dan berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi membantu usaha membangunkan Malaysia sebagai Harimau Asia.
Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, mahasiswa seharusnya melengkapkan diri dengan kecekapan teras dan memanfaatkan peluang ketika di alam universiti untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran.
"Setakat tahun 2018, terdapat 45 koperasi siswazah di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 1,432 orang dan perolehan terjana sebanyak RM1.1 juta.
"Jumlah itu boleh dianggap kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan institut pengajian tinggi (IPT) yang beroperasi di seluruh negara iaitu lebih 600 IPT," katanya ketika merasmikan majlis penutup Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Mahasiswa Kebangsaan 2019. di sini, hari ini.
Beliau berkata kementerian akan terus membudayakan koperasi dalam segenap lapisan masyarakat khususnya golongan mahasiswa untuk memastikan gerakan koperasi dalam kalangan mereka menjadi lebih kompetitif dan inovatif bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0.
Redzuan berkata MED juga kekal komited dalam menjalankan program pembangunan keusahawanan melalui pelbagai agensi bagi membudayakan gerakan keusahawanan koperasi di negara ini.
"Agensi MED seperti Institut Koperasi Malaysia, Institut Keusahawanan Negara, Pusat Inovasi dan KreativitiGlobal Malaysia (MaGIC) dan Program Profesional Training And Education For Growing Entrepreneurs (PROTEGE) sedia menawarkan program latihan keusahawanan komprehensif bagi melahirkan lebih ramai usahawan khususnya daripada golongan belia," katanya.
Konvensyen tiga hari itu menghimpunkan 500 mahasiswa dari universiti tempatan, antaranya Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Utara Malaysia.
Mengenai Belanjawan 2020, Redzuan berpendapat peruntukan RM10 juta untuk memperkasa industri halal adalah tidak mencukupi jika dibandingkan potensi dan peluang terhadap industri berkenaan di peringkat global pada masa kini.
"Kalau ikut kehendak saya, dengan adanya peluang begitu besar, RM10 juta tidak mencukupi... kita boleh bawa usahawan dari seluruh dunia bagi membangunkan dan mengeluarkan produk halal di Malaysia," katanya.
Menerusi Belanjawan 2020 dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Jumaat lalu, MED diperuntukkan RM10 juta bagi khidmat nasihat dan kesedaran untuk pensijilan halal, pembangunan produk halal dan menyediakan platform kepada peserta pasaran untuk bersaing di pasaran halal antarabangsa yang kini dianggarkan bernilai AS$3 trilion.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 13 2019
REDZUAN: Mahasiswa seharusnya melengkapkan diri dengan kecekapan teras. - Gambar fail
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Pantau Agenda Reformasi: Bagaimana data PADU akan menambah baik penggubalan dasar?
Memahami keperluan untuk daftar PADU.
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Mungkin pegawai polis senior lindungi kegiatan haram
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan
haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.
haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.
34 penjawat awam ditahan, sebabkan ketirisan RM2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah 2 bilion ringgit bagi tempoh tiga tahun lepas.
Konsert Ungu di Kuantan dianjak ke 4 Mei, Ella tampil sebagai artis undangan utama
Pesta Muzik Kuantan yang kini bertukar nama menjadi Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024, akan dilangsungkan pada tarikh 4 Mei 2024.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Mahasiswa disaran ubah mentaliti, berani cebur diri dalam bisnes - Redzuan
Mahasiswa perlu melengkapkan diri dengan kecekapan teras dan memanfaatkan peluang ketika di alam universiti.
Jentera pentadbiran negara semakin 'bersih' - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau berpuas hati setakat enam hingga tujuh bulan memimpin dan yakin Malaysia akan kembali disegani seperti sedia kala.