Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai hipokrit kerana bekas perdana menteri itu sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit untuk bertemu bekas Presiden Amerika Syarikat pada 2002.
Ketika mendedahkan perkara itu, Najib berkata Dr Mahathir pernah membayar RM7 juta untuk melobi dan berjumpa George W Bush melalui seorang pelobi yang bermaustatin di Hong Kong.
"Dr Mahathir gunakan arwah Tan Sri Megat Junid (Megat Ayub) sebagai perancang utamanya. Bayaran dibuat melalui kontrak TNB Batu Arang... berjuta-juta dibayar kerana hendak sangat jumpa Bush.
"(Mahathir), Janganlah jadi hipokrit. Tetapi Mahathir tidak mendapat sambutan macam saya dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald J Trump," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penyokong yang memberi tepukan gemuruh di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat malam.
Para penyokong berkumpul sejak 6 petang bagi melahirkan sokongan dan penghargaan berikutan kejayaan lawatan Najib ke Amerika Syarikat selama tiga hari mulai 11 Sept atas undangan Presiden Trump bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Menurut Perdana Menteri, lawatan ke Amerika amat berjaya dan menjelaskan, beliau tidak pergi ke negara kuasa besar itu untuk meminta bersedekah atau melulut, tetapi menyatakan Malaysia telah sampai ke tahap pelaku global.
"Saya beri gambaran bagaimana Trump menerima kedatangan saya. Selepas pertemuan di bilik kabinet, pegawai protokol meminta Trump berjabat tangan dengan saya di luar pejabatnya.
"Trump kata 'Tidak, saya mahu mengiringi beliau ke kereta dan pegawai protokol berkata kereta saya di bawah tanah, dan Trump berkata 'tidak mengapa, beliau kawan saya," kata Najib.
Mengulas lanjut, perdana menteri berkata Presiden Trump menganggap beliau sebagai kawan dan menghormati kepimpinan Barisan Nasional.
"Saya pergi bukan kerana saya tetapi kerana dan untuk Malaysia. Kalau kita ada hubungan baik dengan China, Arab Saudi dan China, (ini) adalah kerana Malaysia," katanya.
Mengenai kritikan terhadap pembelian pesawat Boeing, Najib berkata beliau hanya menyampaikan keputusan yang dibuat Malaysia Airlines Bhd (MAB), kepada Presiden Trump.
"Secara kebetulan MAB sudah buat keputusan bulan Julai tahun lepas untuk membeli 25 Boeing 737... Ini keputusan dibuat oleh MAB, saya menyampaikan kepada Trump," katanya.
Perdana menteri berkata kritikan Dr Mahathir terhadap pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika juga bertentangan dengan kenyataan bekas perdana menteri itu sebelum ini yang menggalakkan KWSP membuat pelaburan di luar negara.
"Saya dapat rekod kenyataan Dr Mahathir pada 26 April 2005, dia kata KWSP patut melabur lebih di luar negara supaya penyimpan deposit dapat dividen lebih.
Mengambil contoh pembelian saham Alibaba Group yang disenaraikan di Amerika oleh Khazanah Nasional Bhd, beliau berkata Khazanah mendapat keuntungan AS$1 bilion daripada pelaburan tersebut.
Mengulas mengenai isu Rohingya, Najib berkata beliau telah menyebut mengenai isu itu melalui kenyataan rasminya kepada Presiden Trump, selain turut menyampaikan perkara itu kepada Perdana Menteri Britain Theresa May dalam pertemuan di London pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2017
PM Najib menyampaikan ucapan sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA pada Jumaat malam, setelah mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan United Kingdom. - Bernama
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
7 juri dipilih dalam bicara kes wang sogok yang dihadapi Trump
Tujuh juri dipilih dalam perbicaraan kes wang sogok Donald Trump di New York, perbicaraan jenayah pertama terhadap bekas presiden Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan skandal Donald Trump - bintang porno bermula
Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama yang menghadapi perbicaraan kes jenayah.
Bicara kes bayaran tutup mulut yang dihadapi Trump bermula dengan pemilihan juri
Donald Trump akan menjadi bekas presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan atas tuduhan jenayah.
Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.