Pastinya cukup indah bagi pasangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali apabila mereka kembali menjejakkan kaki ke alma mater, Kolej Perubatan King Edward VII di republik ini.

Menjadi lokasi 'bersejarah' buat pasangan berkenaan kerana di situ mereka kali pertama bertemu, mereka turut berkesempatan untuk berjumpa sahabat handai yang bersama-sama menuntut di kolej tersebut yang kini menjadi sebahagian daripada National University of Singapore (NUS).

Dr Mahathir yang dalam rangka lawatan dua hari ke Singapura dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang sebagai menghargai kepimpinan luar biasa beliau kepada Malaysia termasuk mengukuhkan hubungan Malaysia-Singapura.

Sementara, Siti Hasmah pula dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Alumni Kehormat NUS atas jasa beliau dalam memberi inspirasi kepada doktor perubatan wanita di Malaysia.

Kolej PErubatan King Edward VII menjadi latar lokasi pertemuan pertama antara pasangan ini. - PMO

Kolej Perubatan King Edward VII kini menjadi sebahagian daripada NUS. - PMO