Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima anugerah ijazah kehormat daripada National University of Singapore (NUS).

Beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang sebagai menghargai kepimpinan luar biasa beliau kepada Malaysia termasuk mengukuhkan hubungan Malaysia-Singapura.

Sementara itu, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut diberi penghargaan oleh alma mater pasangan itu.

Beliau dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Alumni Kehormat National University of Singapore (NUS) atas jasa beliau dalam memberi inspirasi kepada doktor perubatan wanita di Malaysia.

Kedua-dua anugerah itu disampaikan pada sebuah majlis khas yang berlangsung di Kampus Kent Ridge NUS.

Hadir sama adalah Presiden Singapura, Halimah Yacob yang juga Chancellor NUS.


Ketibaan Dr Mahathir, yang menamatkan pengajian di kolej itu pada 1953, disambut oleh Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong.

King Edward's telah ditubuhkan pada 1552.

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk bersiar-siar di sekitar kawasan kolej yang kini menempatkan Kementerian Kesihatan Singapura, Majlis Perubatan Singapura dan Kolej Ahli Perubatan Keluarga.