Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengemukakan hujah lanjutan berhubung beberapa isu keperlembagaan hukuman mati mandatori yang dibangkitkan dalam rayuan empat individu.
Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf, yang mengetuai panel itu, berkata mahkamah mengambil maklum bahawa rayuan tersebut membabitkan persoalan penting berkaitan perlembagaan dan meskipun AGC sudah menyatakan pendiriannya, mahkamah memerlukan hujah lanjutan, terutama daripada AGC, berhubung isu-isu perlembagaan.
Beliau berkata isu-isu itu termasuk sama ada hukuman adalah semata-mata kuasa kehakiman, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan berkaitan perbicaraan adil, Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkaitan perkadaran dan Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan berkaitan implikasi serta modifikasi undang-undang pramerdeka.
Rohana berkata mahkamah akan memperoleh bantuan dan manfaat yang besar sekiranya Peguam Negara Tommy Thomas sendiri boleh hadir pada tarikh perbicaraan seterusnya untuk membantu mahkamah.
Beliau kemudian menetapkan esok sebagai pengurusan kes untuk menetapkan tarikh perbicaraan baharu.
Turut bersidang Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Zabariah Md Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.
Terdahulu, ketua bahagian rayuan dan perbicaraan Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman berkata AGC mengambil pendirian untuk menyokong penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Semenyih Jaya lawan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat yang menyatakan bahawa mahkamah adalah satu-satunya badan yang berkuasa memutuskan hukuman.
Mengenai sama ada hukuman mati adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan serta tidak berperlembagaan, beliau berkata pendirian AGC adalah bahawa ia adalah berperlembagaan dan tidak kejam serta berperikemanusiaan.
Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mewakili keempat-empat individu, berkata kes mereka adalah bahawa pindaan yang dilakukan terhadap Akta Dadah Berbahaya 1983 untuk mengenakan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah adalah tidak berperlembagaan kerana ia telah menghapuskan kuasa budi bicara mahkamah untuk mengenakan sama ada hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati bagi kesalahan itu.
Beliau berkata penghapusan kuasa budi bicara mahkamah adalah terjumlah kepada satu gangguan terhadap fungsi kehakiman.
Mengenai hukuman mati mandatori yang dijatuhkan bagi kesalahan membunuh, Sri Ram berkata Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah undang-undang pramerdeka, oleh itu mahkamah bertanggungjawab menjadikannya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Seorang rakyat Peru, Jorge Crespo Gomes, serta dua rakyat Afrika Selatan iaitu Letitia Bosman dan Benjamin William Hawkes telah disabitkan dan dijatuhi hukuman secara berasingan oleh Mahkamah Tinggi antara 2015 dan 2016 kerana mengedar dadah pada 2013.
Rayuan ketiga-tiga rakyat asing itu telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
P. Pubalan pula telah disabitkan dengan kesalahan membunuh dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2016.
Rayuannya telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 03 2020
Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengemukakan hujah lanjutan berhubung beberapa isu keperlembagaan hukuman mati mandatori. Foto: Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Mahkamah Persekutuan arah AGC kemuka hujah lanjut rayuan empat individu
Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengemukakan hujah lanjutan berhubung beberapa isu keperlembagaan hukuman mati mandatori.